Follow Us @soratemplates

7.10.10

112. mereka yg malang dan bersama sekolah harapan

isu ni sedikit lapuk tapi sebab bila baca ttg yg anak yg dah lahir, teruja pula nak tulis tentangnya.



MELAKA – Seorang pelajar Sekolah Harapan, institusi khas untuk remaja hamil luar nikah di Jasin di sini, selamat melahirkan seorang bayi lelaki Isnin lalu.
Pengerusi Sekolah Harapan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (gambar) berkata, pelajar perempuan berusia 17 tahun berasal dari Melaka itu dimasukkan ke Hospital Jasin pada pukul 5 pagi setelah menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin.
“Pelajar ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.6 kilogram pada pukul 8 pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Penubuhan Sekolah Harapan dicetuskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang bertujuan memberi perlindungan kepada remaja hamil luar nikah selain menangani gejala buang bayi yang semakin berleluasa.
Sekolah Harapan yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu menerima kumpulan pertama lima pelajarnya pada 20 September lalu.


harap2, sekolah harapan ini dpt menjalankan fungsinya dengan betul, cekap dan baik. jangan nnt ada yg mengambil kesempatan ke atas bakal2 ibu muda / ibu2 muda ini. kasihanilah mereka kerana teraniaya sejak kecil tentunya. 

1 ulasan:

  1. bgus la
    atleast mrk ada tmpat nk pegi
    bri mrk pluang utk brubah
    but if they repeat the same mistake
    jgn trima dh msk sini..

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.