apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

28.10.10

menulis dari hati



apa maksudnya?
susah hendak ditafsirkan! lain orang, lain penerimaannya. lain tahap kefahamannya.
aku menulis apa yang terdetik dalam hati. setiap kali aku masukkan entri, aku membayangkan aku di situ. kesedihan, kegembiraan, keceluparan, kemarahan, aku suarakan untuk berkongsi rasa.
aku rasa gembira dan puas hati jika perkongsian itu disenangi. maksudnya, kalau aku sedih, ada yang bersedih bersama-samaku. kalau aku gembira, ada yang ketawa atau tersengih bahagia.
ramai yang menjadi silent reader sahaja. tak apa. kehadiran anda memeriahkan trafik, hehe... jangan risau... teruskanlah, aku sangat-sangat berterima kasih. tanpa anda sunyi encik nuff nanti huhu...

sekarang, semakin ramai yang suka memberi komen. setakat ini, alhamdulillah, komen2 anda menunjukkan anda bersama-sama berada di dalam situasi cerita atau pos. belum ada yang mahu kata dan kutuk. seronokkah aku? mungkin.....
aku menulis dari hati, kan? hati bisa terusik? tentulah, kan? tapi, aku sudah memilih untuk menulis, meluah apa yang dirasa. kritikan hebat walau pahit, kutelan aje. paksa diri menelan dan terus menelan.
weh...kenapa sentimental je petang ni?
hehe..... ngantuk kut!
chao!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.