Langkau ke kandungan utama

102. mencari pengganti.

salam....
aku ni kan suka jalan2 cari cerita? so, aku jumpa satu ruangan dan terbacalah aku satu story ni...
hi, nama saya A. umur saya B. asal C. di ruangan ini saya harap saya dapat mencari seorang teman. Sebelum tu saya ingin ceritakan sedikit tentang diri saya.............
Saya memegang status janda selama 2 tahun ekoran daripada penceraian saya dengan bekas suami. Dan untuk pengetahuan anda, selama itulah saya tak pernah disentuh mana2 lelaki. Tipulah kalau saya katakan yang saya  tak punyai keinginan, kan? Dan atas desakan itulah menyebabkan saya bertekad untuk mencari pengganti bekas suami sebagai mengisi kekosongan hidup saya ini. Jika berminat, silalah  emelkan maklumat diri anda di D. 
Di atas itu ialah situasi yang pertama apabila suami dan isteri bercerai hidup. baca pula situasi kedua di bawah:-
Sungguh baru terasa setelah kehilangan, membuat aku dalam keadaan yang sangat terpukul, sangat tersiksa, kehilangan ghairah hidup, kehilangan  rasa sihat, kehilangan semua ghairah yang pernah ada, terasa bagai kehilangan semuanya.
Tak terasa, almarhumah sudah pergi hampir 2 bulan. Selama itu pula hari-hari yang dilalui seakan-akan kosong dan hampa, terasa bahawa hidup ini seakan-akan sudah berakhir, Kerana selama ini almarhumah begitu memanjakan, menyayangiku.
Sungguh, selama ini, aku hanya tahu segalanya ada dalam semua urusan rumah tangga ini.
Tak pernah terbayangkan bagaimana almarhumah melalui semua hiruk-pikuk dan kalut dengan segala macam urusan rumahtangga. Kini, baru tersedar betapa  bahawa selama ini aku kurang menghargai peranan seorang ibu dan isteri. Yang ada hanyalah egoku yang tinggi, bahawa aku adalah kepala keluarga yang bertugas mencari nafkah. Akulah yang mesti dihargai, seakan-akan peranan suri rumahtangga tersisihkan, terpinggirkan! Bagaimana dia berjuang dengan keras, tanpa merungut, tanpa keluhan! Sedikitpun tidak ada! Sejak dari mulai dia tahu dirinya mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak.
Aku yang selalu marah-marah, cemberut, merasa diri paling berjasa dalam rumah tangga. Kau tangani semuanya dengan senyum, tidak pernah membantah, tidak merasa lebih berjasa dan dengan kesabaran yang tinggi yang kadang-kadang  menekan egomu juga. Semuanya supaya tidak ada pertengkaran diantara kita.
Sungguh, belum terfikir untuk aku mencari penggantimu. Bagaimana akan bisa  muncul rasa untuk mencari penggantinya bila setiap jengkal dan setiap sudut  rumah seakan-akan masih merasakan belaian dan sentuhan sayangnya? Di setiap ruangan seakan-akan rohnya masih aku rasakan hadirnya, seakan-akan masih hidup!
Tidak ada yang berubah, hanya perbezaan alam. Ya, aku di alam nyata yang fana, almarhumah di alam roh. Itu yang selalu juga anak bongsuku ucapkan...
'Babah, mama masih ada, kita hanya berbeza alam!'
Setelah mengucpkan kalimat itu, butiran hangat air mata tak terasa meleleh dari sudut mataku ini. Subhanallah!!
Setiap menatap kamar yang aku diami bersamanya, kamar yang menjadi saksi bisu di mana kami melewati malam-malam nan indah, malam-malam penuh canda, penuh sayang, yang sampai sekarang aku biarkan apa adanya sesuai dengan keadaan semasa almarhumah dijemput pulang, belum kuasa aku rebahkan badan untuk sekadar beristirehat, apalagi untuk tidur memicingkan mata.
Sungguh belum sanggup aku lakukan itu. Seakan-akan dirinya masih ada tergolek dengan senyum khasnya, rebah dan melarutkan diri setelah seharian dengan hiruk pikuk urusan rumahtangga. Sungguh, belum aku mampu untuk merebahkan diri ini sekalipun di atas tilam itu!
         Jadi jika begini terkesannya aku dengan pemergian almarhumah, mampukah aku mencari
         pengganti?
Hari-hari sepi, malam-malam sunyi aku lalui. Doa-doa yang selalu dilantunkan setiap habis solat, sehingga kadang-kadang dalam berdoa, tak terasa butir-butir hangat meleleh dari sudut mata yang sudah mulai kehilangan derianya dalam melihat dekat dan mesti dibantu dengan kaca-mata untuk membaca. Selalu aku berdoa untuk almarhumah agar diberi kelapangan di alam barzah, dijauhkan dari seksa kubur, dilimpahkan nikmat kubur, diterima Allah semua amal jariahnya, ilmu yang bermanfaat dan doa-doa daripada 3 orang anak-anak kami, dijadikan ahli syurga, amin! Sungguh, sangat terasa almarhumah begitu dekat setiap kali lafaz doa al fatihah, al ikhlas, al falaq dan surah an nass yang selalu kami kirimkan buat almarhumah.
Terpikirkankah mencari pengganti?
Sungguh, betapa terseksa hidup sendirian begini. Setiap kali berziarah, atau ke majlis-majlis keramaian, bila aku melihat keluarga yang lengkap bersenda-gurau, dan melihat perempuan muslimah yang berbusana muslim, seakan-akan melihat almarhumah wujud di depan mata. sehingga kadang-kadang terpikirkan apakah aku ini masih waras? Sungguh membuat hati dan perasaanku gundah, membuat hati ini sendu, membuat perasaan ini kelu, membuat lidah ini beku, dan muncullah perasaan bahawa aku adalah lelaki yang paling sengsara di antara semua lelaki-lelaki yang ada. Akhirnya kadang-kadang sengaja aku berusaha menghindar daripada menghadiri semua majlis dan mengurung diri. Lebih selesa berada di rumah mengurus anak-anak, buah hatiku dan almarhumah yang ternyata semuanya juga sangat terpukul dan belum terbebaskan daripada trauma kehilangan.
Kadangkala si bongsu yang masih di tahun 5 terbangun di tengah malam dan menangis mengingati mamanya, begitu juga dengan yang sulung dan ke dua. Walaupun mereka sudah kuliah dan beranjak dewasa, mereka sering mengatakan bahawa mama mereka seakan-akan ada di hadapan, mendengar setiap kalimat yang terucapkan. Sungguh hati ini terbawa-bawa oleh emosi yang menggoncang.....  
Allah, beri aku kekuatan menjalani semua takdir dan ketentuanMu. Ya Allah, biasanya setelah aku alami hal tersebut, aku akan mengambil wuduk dan melakukan solat sunat, dan dalam doa khusus, selalu aku doakan almarhumah.
Sungguh! Belum terfikir untuk mencari pengganti!
Kadang-kadang akal sihat muncul bertanya. Akankah berjudi mencari pengganti? Apakah nanti pengganti dapat menggantikan peranan yang sudah pergi? Atau apakah pengganti tidak sesuai dengan harapanku? Sungguh berkecamuk semua kemungkinan-kemungkinan. Sangat besar penolakan-penolakan dalam batin ini. Sangat terasa bahawa sudah ternyata, almarhumah membawa hampir 3/4 jiwa ini pergi bersamanya. Ketakutan-ketakutan yang beralasan, nantinya pengganti tidak sesuai dengan yang aku harapkan, berakhir dengan penolakan anak yang paling kecil, tidak ada pengganti mama. Kalau aku memaksa, dia memilih untuk meninggalkan rumah dan meminta ku meletakkannya di asrama. Sungguh terpukul rasanya mendengar ucapan dari mulut anak bongsuku yang baru di tahun 5 itu. .
Sungguh aku semakin bingung, apalagi bila keluarga dan teman-teman berkata bahawa sebagai lelaki yang masih normal, adalah tidak baik aku beelama-lama sendiri. Aku perlu segera mencari pengganti!
Inilah dilema baru yang muncul. Aku fikir, menjelang usia 50 tahun, pilihan gadis atau janda seakan-akan berkecamuk kerana beberapa teman menyarankan supaya aku mencari gadis yang berumur 25 tahun, tetapi mereka lupa bahawa aku ini seorang duda beranak 3. Mahukah keluarganya menerima? Mahu cari yang janda, aku risau  kalau2 nanti ada konflik masa silamnya, hubungan antara anaknya dengan anak-anakku juga akan menimbulkan polemik yang tidak mudah.
Alhamdulillah, dengan usiaku sekarang, kerana hidup sihat, tidak merokok, tidak minum arak, tidak menjadi kutu rayau di waktu malam, rajin berenang dan berjoging, kebugaranku sangat terjaga dan penampilan masih kelihatan seperti umur 30an, kata teman2ku. Alhamdulillah, Allah memberi kurnia yang tidak terhingga, kesihatan yang baik
Dilema seperti itu akhirnya membuat aku selalu berfikir, akankah mencari pengganti?
Berbahagialah rakan2 yang masih lengkap dengan pasangannya, sungguh baru akan terasa betapa sakitnya kehilangan setelah kita mengalami kehilangan tersebut. Sungguh akan terasa bahawa yang sudah pergi itu sangat berharga, sangat bererti setelah ketidaannya.
Mudah-mudahan menjadi renungan kita semua. Amin!
Kawan2, itu dua situasi berbeza di antara bercerai hidup dan bercerai mati. jelas, berpisah kerana kematian menyebabkan seseorang itu lebih dihargai, kan?

Ulasan

  1. kenapa bila xde baru nak hargai...tepuk dada tanya selera...

    BalasPadam
  2. salam, biasanya begitulah...
    yg ada bagaikan habuk dipandangan mata...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…