apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

29.10.10

mayat dlm beg baju

pernah tengok cerita baazigar? hehe... cerita lakonan shah rukh khan dengan kajol dan si seksi shilpa shetty. ohh..aku bukan nak story pasai cerita tu secara keseluruhannya cuma nak bagitahu bahawa dalam cerita tu, si srk ni seorang pembunuh dan dalam satu adegan, dia memasukkan mayat orang yang dibunuhnya ke dalam beg pakaian dan menolak beg itu di sepanjang dia keluar daripada bilik hotel, ke kereta sebelum membuang mayat itu daripada jambatan.


aku ingat, itu cuma movie. dalam movie, fantasi pengarahnya kan pelbagai, kan? rupa-rupanya ada pembunuh yang dimotivasikan oleh cerita baazigar itu. baca........


KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Kelang di sini hari ini.


faham maksud aku dah? dia buang belakang bengkel mungkin sebab tak jumpa jambatan kut? 


banyaknya orang jahat sekarang, kan? anak-anak gadis, sunti ke, remaja ke, dewasa ke...berhati-hatilah dalam hidup anda, ya. meh kita baca lagi....



Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hassan berkata, mayat remaja tanpa identiti yang dipercayai berusia belasan tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui oleh seorang pekerja bengkel berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang.
"Pekerja tersebut yang menunggang motosikal melalui lorong bersemak itu terjumpa sebuah bagasi besar sebelum bertindak menendang-nendang beg tersebut. Curiga dengan berat beg, dia kemudiannya membuka beg berkenaan sebelum terlihat mayat mangsa. Mangsa ditemui dalam keadaan berlipat dan pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia belasan tahun berdasarkan saiz badan dan tidak mengalami kecederaan luaran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Pemeriksaan forensik turut mendapati kesan lebam di leher mangsa dipercayai akibat dicekik, katanya. - Bernama

wahai polis, tangkap pembunuh ni cepat-cepat, ya! thanx kosmo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.