apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

30.10.10

Malcon

thanx to bluebeltcombat.wordpress.com

pada 23.10.2010, 100 dpd 200 anggota kumpulan Induk Malcon East 5 (ME5) selamat sampai ke tanah air. semalam, ketibaan 200 orang lagi (jumlah 300) sudah selamat kembali juga. mereka ini sudah berkhidmat hampir 9 bulan di bawah Misi Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL)

rasanya sekumpulan yg menggantikan mereka sudahpun berangkat ke Lebanon di mana salah seorang daripada mereka, seorang major, ialah adik aku. hmm selamat menjalankan tugas, dik!

thanx pesatnews.com
apa depa buat di lubnan tu?

Pasukan Tentera Sementara PBB di Lubnan (bahasa InggerisUnited Nations Interim Force in Lebanon, atau UNIFIL) merupakan satu misi pasukan pengaman yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dengan penerimaan resolusi-resolusi 425 dan 426 Majlis Keselamatan PBB pada 19 Mac 1978, bagi memastikan pengunduran Israel daripada Lubnan, memulihkan semula keselamatan dan keamanan antarabangsa, dan membantu kerajaan Lubnan memulihkan kuasanya dengan berkesan di negara itu. (dipetik dpd wikipedia)

memo: tengoklah...kita di sini bahagia tp di satu penjuru dunia, hidup dan mati terlalu akrab. anda faham?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.