apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.10.10

125. malangnya nasib mereka...

dlm kebahagiaan org lain, lihatlah pulak betapa menderitanya yg lain. aduhai.... kesiannya mereka. mati 12 org, cedera 40 orang...macam manalah pemandu bas ni boleh bawak bas yg ramai orang laju2 macm org gila? dia telan pil kuda kut? tu yg bawak tak ingat dunia tu? baca..

SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.


tengok gambar pulak...

mengerikan betul!

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan. Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu. Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat. Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu. Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut.

pemandu bas ni tak pernah belajar drpd sejarah. jpj pun sama gak! tahu nak saman jek, tp cuba2lah cari penyelesaian untuk mempertingkatkan keselamatan penumpang bas. sedih tau tengok mangsa kejadian begini. sampai bila nak dibiarkan org2 gila mcm ni jd pemandu bas?

sumber utusan

8 ulasan:

  1. tp kn cikgu sofi, sy terfikir... entah2 bukan bus tu yg laju. mungkin ada sebab lain. tp bila tiap kali ada accident yg melibtkn bus, mesti kita kata salah bus tu. huuu.. entah la.

    tp, sy rasa memg majoriti salah bus coz baru2 ni sy ada buat data traffic kt tol gombak. bus yg dtg dr arah gombak dan karak, memg laju. nk dekat dgn tol pn still laju. huuu.. tapi ada gk minoriti yg x laju.

    BalasPadam
  2. tkut btl nk naik bas...

    BalasPadam
  3. sedih sgt bila bce berita kisah ni kak sofi..
    betul,,pemandu bas ni berlagak sgt mntg2 bwk knderaan besar dialah yg bkuasa kat jalan..tak ingt kselamatan org skeliling..

    jpj xsptutnya mmandang ringan lagi lepas ni.

    BalasPadam
  4. mama..this is my opinion.
    kalau btl2 salah drebar bus, knp penumpang sume x amk berat pasal drebar tu? i mean, sembang2 ke ngn drebar, offer titbit ke. penah sekali naik bus kl ke t.intan, drebar bawak zig zag. bila suh org laki kt depan saya gi sembang2 ngn drebar tu x mo pulak..bia la...bia la.. last2 nsb baik ade gak yg jenguk drebar tu.

    sy dah byk kali ulang alik jb-perak. 7 hrs journey selalunya. tp alhamdulillah, setakat ni xde kecelakaan in terms of accident or so on. sbbnya, ada penumpang yg x tido n sembang2 ngn drebar to keep him awake.

    to conclude, kita as penumpang kena ade rasa tangungjwb jugak. drebar tu manusia biasa. dia pun rasa mengantuk, rasa penat. and kalau nk tegur pn, bia berhemah. jgn la sume bajet nk tdo bila naik bus. hrp kt drebar sorg. macam kita jalan2 ngn family. at least kena ade yg berjaga utk jd teman sembang. :)

    BalasPadam
  5. salam...
    hana aniz, itulah..punya byk bas ekspres da accident, byk nyawa terkorban, tp apa tindakan susulan polis, jpj, kementerian..isy..mmg menggeramkan!
    anonymous, mmg takut, kan?
    itu aku...ya takziah kpd keluarga mangsa
    ana johari, kak sofi bukan apa... bas ni besar. kl bwk laju2, bahaya sbb susah nak diberhentikan. berat tu.. impak perlanggaran besarlah jugak. tp itulah..takdir, kut?
    hayat...itu yg mama marah ni..sepatutnya ada 2 drebar dlm satu bas. tp ckp aje kerajaan ni. .. pastu biar..sakit hati! sharizat kt ada 20 ribu peruntukan utk kes camni. ewah, dia ingat nyawa org nilainya byk tu ke? ke nyawa dia kut...hisy!

    emo betul aku huhu..

    BalasPadam
  6. ckup sdih bc brita ni...dlm skelip mt j, 12 nyawa trkorban...
    tp sy ckup xfm dgn sikp sesetgh org ni yg sk rakam kjadian2 mcm 2 n sebarkan pd org lain...
    mmg,kt bleh amik pgjaran drp kjadian 2...
    tp prnh x mreka trfkir, mreka tlh mgaibkan myt2 2?
    sdhlah mreka trkorban dlm kmlngn yg ngeri,n myt mreka brada dlm keadaan yg mgaibkan...
    diambil gmbr/video n dsebarkan pula pd org lain...
    astaghfirullahalazim...apa yg mreka mahukn sbnrnya?? xtrfkrkah mreka bhw mreka mgkn tlh mgaibkan mgsa atau kluarga mgsa??

    BalasPadam
  7. salam anonymous, kdg2 masa merakam tu, bukan tujuan perakam utk dpt glam @ nama tp mungkin niatnya ikhlas utk tunjukkan pd kita akibat kerakusan pemanduan. kita ambil yg positif, ya!

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.