apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

27.10.10

Mak.... bak kata org, kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. itulah aku....
dalam kosmo hari ini juga, terpapar kisah seorang gadis lari dari rumah sebab tak mahu bertunang.
pulak dah!
dan yang aku terkejut tu, kejadian tu di kawasan tempat tinggal aku, di bagan datoh, 20 km dari rumah.
hmm...
kesimpulan: di mana-mana pun kalau sesuatu itu terjadi akan terjadi, betul tak? bagi yg x sempat baca kosmo, baca di bawah ini...thanx kosmo:

BAGAN DATOH - Gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan keluarga untuk tidak meneruskan majlis pernikahan dengan jejaka pilihan, seorang gadis dikatakan lari dari rumah sejak 11 hari lalu. Noor Kalsom Mohd. Ali, 22, yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 13 November ini gagal dikesan selepas kali terakhir ditemui ahli keluarganya pada 16 Oktober lalu.
Menurut abangnya, Shodikul Ameen Mohd. Ali, 29, dia sendiri tidak menyangka adiknya sanggup bertindak sedemikian meskipun mengakui berlaku sedikit perselisihan dengan keluarga sebelum ini.
"Kami sebelum ini dengan berat hati terpaksa batalkan pernikahan dengan tunangnya atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat kami nyatakan biarpun sebanyak 1,500 kad undangan telah siap dicetak. Noor Kalsom sendiri memahami tujuan dan alasan pembatalan perkahwinan itu namun secara tiba-tiba dia menghilangkan diri,"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.