apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

13.10.10

130. macam-macam, kan?

dia pernah popular malah lagu-lagunya yang punya lirik puitis sampai kini aku rasa hebat dan tiada yg baru mampu menandingi. suaranya? hmm...suara seorang lelaki lah, hehe...
tp hidupnya penuh gelora. kesian....
baca di bawah; ikhsan dr kosmo,...

KUALA LUMPUR - Bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng yang popular dengan lagu Sampai Hati mendakwa tuduhan kes dadah yang dihadapinya adalah satu konspirasi oleh bekas isteri dan suaminya yang merupakan seorang pegawai polis.
Dalam keterangan bagi membela dirinya dalam kes tersebut di Mahkamah Majistret, Jalan Duta di sini Ameng memberitahu Majistret Zaki Asyraf Zubirdi bahawa bekas isterinya, A. Aida dan suaminya, Suffian Sulaiman merancang konspirasi terhadapnya dengan teliti.
Menurutnya, bekas isterinya itu atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 39, dan suami yang bertugas di Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berpangkat Asisten Supritendan sengaja berbuat demikian untuk melihat dia menderita.
"Tuduhan kes dadah ini saya anggap satu konspirasi yang dibuat secara sengaja supaya saya menderita selain mahu merosakkan kerjaya dan memburukkan nama baik saya," katanya lagi.
jgn salah faham ya. di atas bukan a aida. itu isteri baru ameng, sabariah.
kesimpulanku,..susah jadi org terkenal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.