138. macam celup, tapi ori

Namanya jacintha lal. bapanya berketurunan fiji india. ibunya warga new zealand. dia mengaku dia warga berketurunan India. lalu memasuki pertandingan ratu cantik India-New Zealand.
ikuti kisah seterusnya...
 

WELLINGTON, New Zealand - Ratu Cantik India New Zealand, Jacinta Lal (gambar), 21, dikritik hebat kerana dia tidak kelihatan seperti seorang wanita berketurunan India, lapor sebuah akhbar semalam. Gadis bermata biru dan berambut perang itu disindir oleh para penonton apabila dia diumumkan sebagai pemenang pertandingan Ratu Cantik India New Zealand bagi peringkat Wellington pada Ogos lalu. 
Penganjur pertandingan, Dharmesh Parikh mengakui terdapat dua atau tiga aduan mengenai Jacinta.
"Walaupun terdapat aduan, ramai orang India yang menggalakkan saya menyertai pertandingan ini. Kita tidak boleh membuat anggapan bahawa semua orang mempunyai pandangan yang serupa hanya kerana komen-komen daripada golongan yang berfikiran sempit," kata Jacinta.
Parikh menyatakan bilangan mereka yang tidak berpuas hati adalah kecil. "Insiden ini agak menyedihkan dan kurang menyebelahi Jacinta. Dia sepatutnya diterima dalam dunia India kerana dia seorang gadis India yang cantik," kata Parikh. - Agensi
di malaysia, rasanya ramai juga yg seperti jacintha. berambut perang dan bermata bukan setakat biru malah macam2 warna. 
bezanya, si jacintha ni ori...sdgkan kat negara kita semuanya palsu. artificial. 
tp, x de pulak yg kutuk org2 ni jd mat saleh ke hape ke, kan? haha... takutnya bukan apa...nak kata melayu pun bukan, nak dikategorikan englishwomen pun bukan. nnt nak dicampakkan ke mana, ek?

Ulasan

  1. terima diri seadanya....

    BalasPadam
  2. salam seed169, betul tu, setuju sangat2

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen