apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

16.10.10

147. maafkan kami?

2 drpd yg terlibat sudah dihukum .kerana membuang / melupus semua bukti, mereka dihukum penjara 7 thn. 


Mahkamah Majistret Telok Datok di sini semalam sunyi seketika apabila dua lelaki yang dihukum penjara tujuh tahun kerana mengaku melupuskan bahan bukti dengan membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain menyatakan permohonan maaf mereka.
"Saya memohon maaf kepada keluarga mangsa dan masyarakat atas perbuatan saya... saya telah insaf."
mereka ni cakap melayu pun x boleh. hakim baca hukuman pun dlm bahasa tamil dan kemudian diterjemahkan dlm bahasa melayu. 
Dua sahabat itu yang berdiri di kandang pesalah menundukkan kepala seolah-olah kesal dengan perbuatan mereka.
entahlah..iya ke insaf? setahu aku, org yg mengaku salah dgn yg x mengaku salah, mmg hukuman utk yg mengaku salah lebih ringan, kan? kl ada yg pandai udg2 n nak tolong perbetul apa yg aku tulis ni, silakanlah!!
ada 4 pertuduhan, ada 4 org yg dibunuh, tapi hukuman berjalan serentak.  ermm...
bg aku inilah 'KEADILAN' di dunia. 
bunuh org.. oops bukan, buang bhn bukti, ditangkap, then mengaku salah, then enjoy dlm penjara selama 7 thn, mkn free... lps 7 thn keluar, umur baru 26, 27, masyarakat pun dah lupa kisah pembunuhan ni..  
then lastly mereka pun hidup happily ever after....kan?
ape-ape ajelah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.