Langkau ke kandungan utama

153. luahan sesaja? huhu

akhirnya...manuskrip cintaku satu sudahpun aku hantar.
a'ah, jgn tanya kpd publisher mana..sbb rahsia lagi.
doakanlah agar ia disukai dan akan diterbitkan.

pagi td aku terkejut bila baca shout box. keluhan seorg tetamu yg cakap aku asyik ber - luahan - sahaja... terlalu kerap. hmm..

ok, kawan2, luahan aku mskkan krn pd aku novel utkku sambung mmg x dpt nak dibuat dlm jangkamasa tertentu. terutama ketika aku terlalu sibuk dgn cs. jd, kononnyalah, nak bg rindu u all hilang, tu yg asyik luahan, luahan aje... hehe

aku prihatin bila ada yg menegur. betullah tu, u all dtg ke blog aku ni nak baca cerita, kan? ni asyik meluah je, apa kes? tp harap anda faham, bhw itu waktu sibuklah, okey. kl kurang sibuk aku akan cuba msk sambungan novel sekerap mungkin. tu pun jgnlah harapkan updatenyer hari2 hehe...

pape pun, thanx kpd yg sudi memberikan pendapat itu. aku sgt2 hargainya. bgmanapun, aktiviti memasukkan luahan ttp berjln jugak, jgn marah ek! knp? faham2 jelah hehe....

next post....sinopsis cintaku satu....apa aku nak buat? tunggu!

Ulasan

  1. salam kenalan kak sofi.

    takpela kak. tu pendapat masing2. tapi saya suka je bc blog akak ni. sebab kebanyakan luahan tu bukan bersifat peribadi sangat pun. banyak pelajaran yang boleh kita ambik kat situ.

    keep it up! :)

    BalasPadam
  2. thanx to you hajar. i like!

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…