apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.10.10

109. lelaki handsome, kaya, terkenal...siaplah kamu!

anda minat lelaki2 macho yang sering muncul di kaca TV? fahrin ahmad? jimmy (yg baru kahwin tu..ada yg frust tak? soalan nakal) rain? bukan hujan! si rain..penyanyi korea yg terkenal melalui cerita full house tu.. errr..maher zain? atau....david becham?

aku peminat bolasepak. kelab bolasepak pujaanku ialah manchester united. dan yg pasti, jersey no 7 tu memang berhantu kerana aku suka semua yg pakai no 7. dr george best, ke eric cantona...david beckham, cristiano ronaldo..owen...

kalau korang jugak pemnat mu, korang pun tentu seperti aku yg perasan bahawa most of mu's players ni encem2. hai, macho, terkenal, kaya, adalah gabungan yang amat merbahaya. nak tahu? baca di bawah:-



LONDON 4 Okt. – Selepas pemain golf terkemuka dunia, Tiger Woods berhadapan skandal seks yang menghancurkan rumah tangganya, kini giliran bekas kapten pasukan England, David Beckham pula berhadapan skandal hampir serupa.

Pemain itu yang kini bermain untuk kelab LA Galaxy tidak mampu berdiam diri lagi apabila dia dilaporkan akan mengheret seorang pelacur Irma Nici ke mahkamah, selepas wanita itu mendakwa kononnya mereka pernah tidur bersama.


“Beckham akan meneruskan usaha untuk mengheret pelacur itu ke muka pengadilan. Beckham yakin dia mempunyai pasukan peguam yang paling kuat dan akan memastikan perkara tersebut berlaku.

“Dia juga tetap tenang dengan membiarkan pasukan peguamnya menjalankan tugas mereka, ketika dia terus memberikan tumpuan bermain untuk LA Galaxy,” jelas laporan The Sun yang memetik satu sumber.

Bintang bola sepak itu menyaman Nici sebanyak 16 juta pound (RM78 juta) berhubung dakwaan wanita itu dia pernah tidur bersama Beckham di London dan New York pada 2007.

Menurut satu lagi sumber, peguam pelacur kelahiran Bosnia itu hari ini mendedahkan bahawa Nici turut mengemukakan saman balas terhadap Beckham kerana menyekat haknya untuk bersuara.

Satu sumber kepada pemain bola sepak itu memberitahu bahawa sebarang tindakan undang-undang oleh Nici merupakan satu kelebihan buat pasukan peguam Beckham kerana ia akan memaksa pelacur itu memberikan keterangan di mahkamah.

Sementara itu, ketika skandal seks menyelubungi Beckham, isterinya Victoria dilihat berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles semalam, untuk ke London.

Dengan cermin mata hitam, pakaian formal berwarna kelabu, beg tangan serta beg pakaian sedondon, ibu kepada tiga anak itu kelihatan tabah ketika dia berjalan menuju terminal untuk perjalanan antarabangsa.

Di saat dia pastinya kecewa dengan kecurangan yang didakwa dilakukan suaminya, Victoria membuat dirinya sibuk dengan melengkapkan jenama fesyen barunya bagi musim bunga dan musim panas akan datang yang bakal diperagakan pada Minggu Fesyen New York. – Agensi
..................
betul ke tidak, kisah si becham ni, kita tunggu ajelah. tapi, itulah...kasihan mereka. hidup tidak ada privasi. ada2 aje kisah sensasi yg akan dikorek oleh pemberita. menjadi isteri orang se famous mereka, tentu perlukan ketabahan dan kekuatan yg bukan sedikit. 
aku kagum. 
semoga menjadi panduan buat suami2 lain. 
belajarlah untuk setia, okey!


6 ulasan:

  1. Alahai....
    kacak pn susah...kurang kacak pun susah....
    pape pn, y penting, kite happy....
    yeeeeeyyyy!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  2. lumrah dunia..
    tp hemsem bkn tiket utk bhagia

    BalasPadam
  3. ohhoho...kacak bkn tket utk bhagia
    klau dpt kira bonus la
    (:

    BalasPadam
  4. salam...
    greeny gurlz n itu aku, minat tak org encem?
    hehe..mmg rezeki tp kn thn perasaanlah

    BalasPadam
  5. Biarla tak handsome tapi menyenangkan hati...tak kaya tak apa tapi janganla sampai meminta2...

    BalasPadam
  6. salam izah, satu pegangan yg baik.. biarlah serba sederhana, kan?

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.