apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.10.10

lambakan program realiti di stesen tv

program realiti tv mmg seronok untuk ditonton, kan? sekadar menyebut beberapa nama.......
akademi fantasia, mentor, sehati berdansa.... dan banyak lagi, kan. oh ya lupa pulak. biggest loser asia, amazing race asia...
semuanya rancangan hebat, kan?

bagi MEDIA Prima Berhad, (MPB) tidak akan teragak-agak memansuhkan sesebuah program dengan memberi laluan kepada program lain yang lebih menyerlah bagi menjaga reputasi stesen televisyennya. Perkara itu dijelaskan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen MPB, Datuk Seri Farid Ridzuan selepas majlis pengumuman program siaran rangkaian televisyen MPB 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Jumaat lalu. 

Farid berkata demikian ketika ditanya media mengenai ‘kehilangan‘ program realiti Gang Starz yang bersiaran sebanyak dua musim saja. Program realiti pencarian bakat nyanyian secara berkumpulan membabitkan peserta dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina sepatutnya bergilir-gilir dengan Mentor setiap tahun. Bagaimanapun sejak dua tahun kebelakangan ini, Mentor dilihat terus mendominasi TV3. 

Farid berkata, penonton stesen itu mungkin tidak akan melihat lagi kewujudan program Gang Starz selepas ini, tetapi ia bukan bermakna program yang diperkenalkan pada 2007 itu gagal. Ketika diperkenalkan, kata Farid, Gang Starz boleh dilabelkan sebagai program yang berjaya. Tetapi jika dibandingkan dengan Mentor, ternyata program yang sudah melahirkan empat juara itu lebih menyerlah. 

“Berdasarkan jumlah tontonan, Mentor mencatat hampir 3 juta penonton setiap minggu. Program khas Mentor Raya juga menunjukkan sambutan yang amat baik daripada penonton kami. Di MPB, mana-mana program yang lebih mendapat perhatian akan didahulukan. Kami sudah mencuba Mentor untuk beberapa musim dan ternyata produksinya lebih menyerlah. Setiap stesen di MPB perlu mempunyai sebuah program realiti yang mantap. Selepas setahun Gang Starz diperkenalkan, kita dapati program itu kurang menyerlah,” kata Farid. 

Tambah Farid, ia perkara biasa kepada semua stesen MPB. Saluran 8TV, katanya, kini berbangga dengan kejayaan program tarian jalan Showdown yang berjaya mencatat kira-kira setengah juta penonton setiap minggu. Justeru, buat masa ini stesen berkenaan akan memberikan tumpuan kepada Showdown berbanding program One In A Million.

aku tak kisah, aku bukan tengok pun! tak percaya? suka hati koranglah nak percaya atau tidak, hehe...

aku cuma nak tanya sikitlah! 

x boleh ke tv.. apapun namanya buat rancangan macam rancangan ni..."ARE YOU SMARTER THAN A FIFTH GRADER?"  

pernah dengar? tak? laaa.....

rancangan ini bertanyakan soalan2 geografi, sejarah, matematik, sains, pengetahuan am sekolah rendah kepada peserta dengan menawarkan hadiah wang tunai yang berganda sehingga sekiranya berjaya, peserta akan memenangi USD 1 juta. bukan mudah! di fox tv tu, selepas musim ketiga, barulah pemenang pertama muncul, nama dia, Kathy Cox, seorang penyelia sekolah-sekolah awam di, Georgia, Amerika Syarikat. 

kalau tak mampu nak sediakan sampai satu juta, tawarkanlah yang munasabah. ramai yang ingin menyetainya, aku rasalah. 

kurangkanlah rancangan hiburan! tak boleh? kenapa? tak untung? hmm, kalau asyik ingat nak untung aje dan tidak pernah memikirkan akibat kepada kesan hiburan ke atas generasi muda.... suka hatilah! 

malaslah nak cakap apa2 lagi dah! huhu...

4 ulasan:

  1. ayat yg akk nak guna...paling mudah...dh mcm pasar lambak ko...hehehe

    BalasPadam
  2. terlalu banyak sangat program hiburan yang dilambakkan kepada penonton...ini akan memberi kesan kepada generasi muda...menjadikan mereka kurang menumpukan perhatian pada pelajaran...

    kenapa x banyakkan program yang memberi ilmu dan pengetahuan kepada penonton...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.