apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

31.10.10

kubur kita asing-asing, ya?

PORT DICKSON - Polis menahan sembilan wanita dan lapan lelaki yang sedang leka berpesta di sebuah bilik hotel di sini awal pagi ini selepas ujian mendapati semua mereka positif menggunakan dadah. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Baljeet Singh berkata, semua mereka yang berumur dari belasan tahun hingga sekitar 30-an itu ditahan pada kira-kira pukul 3.15 pagi selepas polis menerima aduan daripada penghuni hotel yang lain mengenai bunyi bising di bilik itu.
"Siasatan awal polis mendapati kumpulan lelaki dan wanita itu masuk ke hotel berkenaan semalam dan kebanyakan mereka berasal dari luar Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi di sini. - Bernama
...............................................
salah siapa? anak tak balik rumah, mak pak tak susah hati ke? tak risau? tak cari? 
payah! payah! 
oh... yg tua tu bapak budak kut... ni yg belasan tahun tulah! kesian diorang, kan? ini akibat ibu dan ayah yang tidak prihatin ke mana anak2 mereka pergi? dengan siapa? buat apa? 
hey, jangan percaya sangat dengan anak2 ni. kita dengan diorang patut berlagak bagaikan memegang layang-layang. agak2 nak jatuh, kita berlari supaya layang-layang itu dapat ditarik dan naik semula. bila layang2 elok terbang tinggi dan angin xde, kita relakskan pegangan. boleh faham tak ni?
masyarakat kenalah amibl peduli. anda yang kerja di front desk kat hotel tu, x kan x curiga masa bebudk tu check in? hisy, jangan biarkan maksiat berleluasa. tak elok!
nasib baik ada juga insan yang ingin menyelamatkan budak2 tu daripada terus hanyut. iyalah kalau dah positif dadah, maknanya dah high, kan? tu, dalam bilik tu ada lelaki, ada perempuan. masyaallah.... terima kasih, sahabat. walau siapapun anda, walau apa niat anda, terima kasih kerana tolong menelefon polis sebelum maksiat berlarutan.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.