apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

30.10.10

kereta api peluru

anda pernah naik bullet train? sofi tak pernah almaklumlah tak pernah pergi jepun, german, london mahupun china. paling laju pun naik erl ajelah. itupun sebab nak hantar orang...hehe
berapa laju manusia mampu mencipta kelajuan? bila ngajo fizik terutama bab superkonduktor, selalu gak lah aku kelentong (haha..gelak nakal) budak2 pasal bullet train ni, sampai ada yg tanya, cikgu pernah naik ke?
aku jawab, tak perlu naik, bayang ajelah...
uisy, bukan nak citer pasal aku sini..
nak cakap ttg bullet train paling laju di dunia sekarang.
kereta api peluru ini bergerak di antara bandaraya Tianjin dengan Beijing. nak tahu kelajuannya berapa? 350 km sejam. jarak antara tianjin dengan beijing ialah 115 km jadi, cuba teka, dalam tempoh berapa lama anda dah sampai? kl x boleh congak, anda ambil kalkualtor, lepas tu bahagikan 115 dengan 350.
dah dapat. bagus! tulah dia... x sempat menikmati keindahan alam sekeliling pun...mata tu pun berkelip ntah berapa kali aje hehe....
tengok ya kat bawah...inilah gambar kereta api peluru itu.
 nak naik? pergilah bercuti ke negeri china, ya? aku? mmm..
maklumat ni aku dapat dpd encik yahoo. ty.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.