Langkau ke kandungan utama

kenapa berblogging?

salam.....

kalau orang tanya kenapa anda blogging, apa anda jawab? saja suka-suka, betul tak? mm, memang itulah jawapan paling popular. aku? sebab aku nak berkongsi cerita, novel dan cerpen tapi itu dulu, tahun lepas. sekarang, selepas tengok beberapa orang terkenal hanya dengan berblog, yang terkenal ni pula salah satu sebabnya ialah dia dapat duit melalui iklan nuffnang, maka ia jadi pembakar semangat untuk aku juga. duit? siapa tak mahu duit, kan?

tapi, nuffnang tidak mesra alam dengan aku di peringkat awal dulu. hisy, pembetulan..... aku yang tidak mesra alam dengan nuffnang. kadang-kadang bila fikirkan balik, memang dah tua-tua pun mengong aku ni hehe...masuk pos/entri 3 hari sekali nak mengharapkan encik nuff buka iklan kat aku punya blog. memang mengong, kan?

tapi, sebulan lepas, awal september, aku asyik masuk blog dia ni. makk... kerap betul dia update blog dia. post pendek-pendek aje tapi menghiburkan aku. aisey.. aku pun cuba, try, tiru dia. masuk entri sekerap mungkin. rupa-rupanya, Allah lintaskan hatiku untuk menziarah blog dia dan kemudian jadi pengikut dan masuk jadi geng dia....bersebab. hari ini,  unik visitor aku dah maintain dalam 400 sehari, pageview lebih seribu sehari (ikut google stat n nuffnang) dan pendapatan nuff pun ..belum dapat cash out nya tetapi seronoklah sebab ada BE..mmm...

pada kawan-kawan blogger... tiru mereka yang otai, okey... insyaallah, walau masih merangkak perlahan-lahan, anda sedang mengikuti jejak mereka.

thanks semua....especially anda, my beloved friends yang sudi menjengah di sini setiap masa dan ketika. love you all.

Ulasan

  1. I recommend to you to visit on a site, with a large quantity of articles on a theme interesting you. I can look for the reference.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…