apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.10.10

126. kahwin lambat dan maksiat..apa hubungkaitnya?

salam...
sekarang, orang muda2 asyik mengejar kerjaya. belajar sampai dpt ijazah, lepas tu sambung buat master dan kl lg hebat, terus nak ambik phd. by then umo dah 28, 29. pastu nak tumpu pulak kpd kerjaya. sudahnya ramailah yg lupa kpd suruhan Allah dan Rasulnya.:
 

Satu: Dalil nas Al-Quran, iaitu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah SWT akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah SWT Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui" (Surah An-Nur 24:32)
Dua: Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Nabi diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud:
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (riwayat Al-Bukhari)

Tiga: Antara nas Hadis Nabi SAW lain, sangat memberi galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri. Iaitu sebagaimana sabda Nabi SAW bermaksud:
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja di antara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri." (riwayat Bukhari dan Muslim). 
kawan2, aku bukan hendak berdakwah, jgn salah sangka. ilmu agamaku pun x sedlm mana. so jgn ada yg marah2 sblm habis membaca.


yg di atas itu kutuliskan hanya sbg peringatan shj. ia krn aku terkesan apb aku membaca satu artikel di berita harian bertajuk: Godaan; lewat kahwin punca maksiat.  mungkinkah benar? so marilah kita berkongsi rasa. 


anda belajar, anda terus belajar dan terus lagi belajar. memenuhi kehendak ayah, ibu malah kehendak anda sendiri. tp, cubalah jwb. apakah anda dapat meleraikan kemahuan rohani anda? maksudku keinginan untuk berteman di antara lelaki dan perempuan. dapatkah? aku yakin, jawapannya tidak. kenapa? sebab Allah memberikan kita nafsu dan akal. nafsu termasuklah keinginan untuk sayang disayangi, cinta mencintai. perasaan yang memang ada dimiliki setiap insan. 

Jadi, mengapa remaja mudah terjebak hubungan terlarang sehingga sanggup menggadai maruah diri?
Sedih, simpati dan geram bila membaca berita seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi menerima hukuman denda dan penjara kerana kesalahan membuang bayinya dalam tong sampah dan ditemui dalam keadaan terbakar.
Orang kata bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Kalau tiada lelaki terbabit, dari mana benih itu datang dan ‘tertanam’ dalam rahim wanita? Si lelaki mudah angkat kaki kerana tiada kesan tercalar pada diri mereka. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil, pernah melahirkan rasa kesal dengan perbuatan keji dan mengecam lelaki ‘ghaib’ yang lepas bebas selepas merosakkan maruah wanita.

Inilah yang perlu wanita beringat sebelum merelakan diri dipergunakan golongan bertopengkan nafsu binatang. Jangan fikir keseronokan sedetik saja, tetapi fikirkan bala yang bakal ditanggung hasil perbuatan terkutuk itu.

Mengapa hubungan terlarang berlaku? 
alasan faktor menunggu terlalu lama untuk mendirikan rumah tangga menyebabkan remaja terdorong melakukan maksiat. ada jurang pendapat mengenai masa sesuai berkahwin antara golongan muda dan tua. adalah menjadi harapan ibu bapa supaya anak mereka menghabiskan pengajian dulu baru boleh memikirkan pasal kahwin.


“Kalau dihitung masa pengajian peringkat ijazah di universiti, lelaki dan wanita hanya layak kahwin pada usia 23 tahun. Itu belum lagi dikira mereka yang kecundang dalam peperiksaan, masa mencari kerja atau ambil pengajian peringkat sarjana atau PhD. Kalau faktor itu diambil kira, usia untuk berkahwin akan meningkat lagi.” 

bagi golongan tua, mereka ada alasan tersendiri tidak menggalak anak masih belajar berkahwin awal. Kos perkahwinan yang tinggi, tiada pendapatan tetap juga dijadikan alasan kukuh menghalang anak kahwin cepat.

Biasanya keluarga tak akan membenarkan anak kahwin selagi tidak mempunyai pendapatan tetap untuk sara anak isteri. Bila keadaan ini terjadi, pasangan yang kurang pengetahuan agama, memilih jalan keluar dengan membuat hubungan tanpa ikatan perkahwinan sah.

Berikutan pengaruh dari luar, ada anak muda bersekedudukan dan menganggap ikatan perkahwinan tidak lagi penting.


naluri manusia untuk hidup berpasangan memang sesuatu yang normal. “Apabila ada usaha melewatkan perkahwinan sedangkan nafsu gagal dibendung, ia secara tidak langsung akan membuka ruang perzinaan terutama dalam keadaan muda-mudi bebas bergaul sekarang.

“Pergaulan bebas dan perkembangan maklumat tanpa sempadan, membuka jalan kepada golongan muda terjerumus ke lembah maksiat kerana terpengaruh dengan budaya yang dibawa dari luar. 

“Pengaruh tak baik mudah menular jika remaja itu tiada benteng pertahanan iaitu didikan agama,” 

Selain itu ada pasangan terpaksa ketepi perkahwinan kerana dikekang kontrak kursus yang menggariskan syarat tidak membenarkan pelatih berkahwin sepanjang menjalani kursus. Z juga kesal dengan sikap golongan tua yang mengabaikan tanggungjawab menentukan jodoh anak. 

Berdasarkan faktor itu ramai gadis terpaksa melalui kehidupan sendirian dan ada yang tidak kahwin sampai tua.

Bagi mereka yang bersikap terbuka, menggunakan keistimewaan yang ada pada diri untuk memikat lelaki tidak kira bujang ataupun suami orang. Akibat dorongan nafsu, mereka ini mudah terperangkap dalam hubungan terlarang.

Fenomena seks bebas berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Beberapa kajian dilakukan di negara ini menunjukkan 27 peratus daripada remaja mengadakan hubungan seks luar nikah. Mengapa keadaan ini terjadi itulah yang hendak kita kongsi dengan pembaca.

Apakah remaja kini sudah tiada pegangan agama sehingga sanggup melakukan perkara yang jelas dosanya? Ke mana perginya sifat pemalu yang seharus ada kepada wanita?

fikirkanlah..

3 ulasan:

  1. hohoho
    btl2
    tp kak,sy pun plan nk kwen time umo 28 or 29..
    cpai dlu mtlamat idup..
    pada sy sume ni pokok pangkal nya diri kita..
    selagi iman tu dijaga
    i'allah akan s'tiasa dlindungi oleh allah..
    moga2 kita sume sntiasa brada dilandasan yg btl

    BalasPadam
  2. sentiasa berdoa kepada Allah agar kita sentiasa dilindungi...

    apa pun...semasa berkawan ikutlah landasan yang telah ditetapkan oleh Islam...

    BalasPadam
  3. salam..
    itu aku, sofi setuju, pokok pangkalnya hati. mohonlah doa agar anda selalu dilindungiNya.

    seed169, ya, berkawan ke bertunang ke,jgn berdua2 sbb ditgh2 si jahat itu sentiasa ada.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.