Langkau ke kandungan utama

116. jumpa di jambatan...

salam..
dalam setiap nukilanku aku sering menyatakan bahawa ajal, maut, jodoh, rezeki, mati atau hidup semuanya ketentuan Allah. rancanglah! Buatlah! lawanlah! kalau itu kehendakNya, siapa yang boleh berkata tidak? tak ada sesiapapun!
kisah ini kutemui drpd satu blog. bacalah, anda akan faham....
.................

Jodoh adalah sesuatu yang paling dinanti setiap insan, baik lelaki mahupun wanita. Di mana, bila, dan dengan siapa jodoh kita, tetaplah menjadi suatu rahsia Tuhan.
Seperti kisah cinta romantis nan unik antara Andriej Ivanov dan Maria Petrova. Mereka sebelumnya tidak menyedari bahawa ada hikmah di sebalik kegagalan mereka membina hubungan cinta sebelumnya.
Andriej Ivanov 26 tahun, seorang lelaki yang sedang patah hati dan mencuba untuk membunuh diri di sebuah jambatan. Namun takdir berkata lain. Lelaki itu malah menemukan pujaan hati baru, saat sang wanita juga mencuba untuk membunuh dirinya.  
Kenapa Andriej ingin membunuh diri? Dia patah hati kerana ditinggal pergi oleh kekasih hati. Kekasihnya yakni tunangannya meninggal dunia akibat kemalangan, sehari sebelum mereka melangsungkan pernikahan. merasakan dunianya juga sudah berakhir, Andriej mencuba untuk mengakhiri hidupnya di Jembatan Ufa, pusat Rusia.
Andriej Ivanov dan Maria Petrova
Tapi ketika dia tiba di sana, dia melihat Maria Petrova 21 tahun, yang sedang menaiki pagar jembatan dan ingin mencuba terjun, kerana telah diusir oleh orang tuanya. Sang wanita nekad akan terjun bebas lantaran dia hamil di luar nikah. Pujukan terhadap boyfriend supaya mengahwininya tidak dipedulikan. Maria hampir saja terjun dari jambatan setinggi 100 kaki itu, tapi Andriej menariknya daripada pinggiran jambatan.
"Dalam hati saya berkata, saya tidak bisa membiarkannya melompat, walaupun saya sendiri juga ingin melakukannya," ujar Andriej. "Saya lantas berteriak, 'Berhenti' dan langsung berlari ke arahnya. Dia jatuh di tangan saya sambil menangis. Saya turut menangis bersamanya. Kami berpegangan tangan. kami berpegang antara satu sama lain dan bila dia sudah naik, kami duduk lalu mulai berbincang tanpa henti. Yang pasti, malam itu telah menyelamatkan saya dan dirinya," -Layari dilansir orange.co.uk, Rabu (12/5/2010).
Kini mereka merancang untuk bernikah setelah mereka menceritakan pengalaman masing-masing. Mereka lolos daripda kematian lalu itu diceritakan kepada semua ahli keluarga kedua-duanya.
"Dia wira penyelamat saya. Semua rasa sakit yang pernah saya alami itu hanya sekejap dan kini, saya tahu bahawa saya ada Andriej, untuk menemani hidup saya pada masa depan saya nanti." ujar Maria. (okezone.com)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…