Langkau ke kandungan utama

jadi diri sendiri kerana anda ialah anda..

duniia sekarang ni indah. ewah............. 
tetapi ada masa dan ketika aku rasa nak tergelak-gelak bukan nak tergolek-golek, k!
mana tidaknya.......
yang tua sibuk nak bagi nampak muda muka diorang tu..
makanlah segala primrose, supplement dan cucuklah segala botox, vitamin c....
nampak muda, memang tapi dlm masa yg sama... ada yang pelik jugak...aku tak nak cakap 
bak kata nabil pelawak tu...
lu pikirlah sendiri..hehe
yang tiga orang kat atas dalam gambar ni pulak adalah contoh-contoh orang muda / remaja yang lebih suka dikatakan matang sebelum usia.
weh... bukan sikit remaja yang teringin nak cepat dewasa tau... iyalah..bila dah dewasa dapat mekap, dapat boyfriend hehe...pandai2 aje aku nih...
cuba kita baca sikit pendapat 3 dara ni... ehsan: kosmo
Syarifah Amani:
Secara fizikal saya rasakan diri saya baru berumur 17 tahun tetapi jiwa saya sudah berusia 36 tahun.  Faktor yang paling mematangkan kehidupan ialah pengalaman, bagaimana saya berdepan dengan banyak perkara dalam hidup. Saya pernah melalui zaman 'muda' di mana saya akan kuat melenting tetapi zaman itu sudah berlalu. Saya rindukan perjalanan remaja saya yang ditinggalkan terlalu awal. Tapi pada masa yang sama saya merasakan apa yang saya lalui bagus untuk diri sendiri. Jujurnya bila berpakaian begini, saya tidak begitu selesa. 
Diana Danielle:
Bila bergaun begini, saya rasa sangat matang seperti usia 20-an. Di luar saya ialah seorang yang selekeh. Saya akan memakai seluar ¾ saya dan baju-T potongan besar. Saya memang tidak bersolek atau beraga.  Sejak memasuki industri seni, saya belajar bagaimana untuk bergaul dan belajar mengawal emosi kebudak-budakan. Orang nampak saya seperti orang berusia, jadi apabila saya melompat-lompat, khalayak akan cop saya gedik. Padahal saya masih remaja. Jadi segalanya terhad tetapi juga merupakan proses pembelajaran buat saya. Saya masih lagi 19 tahun cuma daripada kecil lagi saya sudah dilihat matang.
Liyana Jasmay:
Saya rindu untuk pakai apa sahaja seperti remaja di luar sana. Rindu juga untuk berlagak seperti remaja biasa Saya sekarang belajar untuk menjalani hidup sebagai gadis berusia 22 tahun. Tetapi daripada aspek pemikiran, saya sudah semakin ke hadapan. Saya sudah berfikiran matang dan sudah pandai membuat keputusan sendiri. Ada orang yang tidak menyangka usia saya sudah 22 tahun, dan ada yang melayan saya dengan cara keanak-anakan. 

sofi kata: jadilah dewasa, jadilah apa sahaja tetapi menjadi diri sendiri lebih baik lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…