apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

15.10.10

142. Inspira........si?

proton Inspira namanya. dlm kepala nakal aku ni, mesti nak tau jugak...si nyerr mana? hehe


org skrg suka ckp x habis kan, tu pasal proton pun bubuh nama kereta tak abis. Inspira... ada makna ke tu? 


cuba rujuk kamus dewan...tak ada perkataan itu dlm kamus tsb...
hmm...

PETALING JAYA 14 Okt. - Proton Inspira yang diasaskan dari model Mitsubishi Lancer bakal mengisi kekosongan segmen Proton Waja yang akan dihentikan pengeluarannya tidak lama lagi. Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, kerjasama pintar antara Proton dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC) dari Jepun itu bukan untuk menggantikan model Proton Waja tetapi untuk mengisi segmen kereta antara kelas C dan di bawah kelas D.

Katanya, sedan baharu empat pintu itu akan dijual pada harga bermula RM79,888 sehingga RM95,000.

"Dengan pengenalan Proton Inspira ini kami menjangkakan jualan sebanyak 1,600 buah sebulan dan penghantaran pertama akan dilakukan pada 10 November ini bagi sesiapa yang mula membuat tempahan bermula hari ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas prapelancaran Proton Inspira di sini hari ini.


Model tersebut didatangkan dengan empat warna iaitu hitam, perak, putih dan merah dengan teknologi transmisi penghantaran berubah berterusan (CVT) dengan sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi (INVECS-III).

Ciri-ciri lain ialah auto cruise, lampu automatik dan pengesan hujan, sistem penyaman udara automatik penuh dengan sistem kawalan cuaca bagi penumpang di hadapan dan belakang serta beg udara keseluruhan bagi keselamatan penumpang.

Tempahan bermula hari ini dengan yuran minimum RM1,000 dan bagi pembeli yang menempah kereta pada hari ini hingga 15 November akan mendapat perkhidmatan servis untuk tempoh dua tahun secara percuma atau 50,000 kilometer pertama. Pakej servis itu termasuk caj buruh percuma dan alat-alat servis bernilai RM1,658 bagi kereta tersebut yang akan dilancarkan pada 10 November ini.

cepat-cepat tempah ya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.