Langkau ke kandungan utama

121.ibunya, ibu mentuaku..err ibuku juga, kan?



 Apa itu sebuah perkahwinan? 



ia sebuah institusi. di peringkat awalnya, seorang lelaki dan seorang wanita mula belajar mengenali hati budi masing-masing. A' ha, jangan tak percaya.. cinta walau berpuluh tahun tempohnya tidak pernah menyerlahkan keperibadian sebenar lelaki dan perempuan. hanya selepas kahwin, barulah si isteri tahu dan kenal lelaki yang dikahwininya, begitu juga sebaliknya. 

anda tentu selalu mendengar bahawa bila anda berkahwin, anda bukan sahaja berkahwin dengan lelaki/ perempuan itu malah anda bernikah dengan seluruh keluarganya. ayah, emak, adik, abang, kakak..semuanya!  

mmm, persoalan kali ini ingin menyentuh tentang hubungan. apa lagi kalau bukan hubungan antara mentua dan menantu. dan bila kita bercakap tentangnya, masalah yang selalu kita dengar tentu sahaja di antara ibu mentua dengan menantu perempuannya. jarang bapa mentua ada masalah dgn menantu lelaki, kan?

cuba baca luahan rasa seorang isteri di bawah:-
SAYA berkahwin dengan anak bongsu daripada empat beradik lelaki. Kesemua abang ipar berkelulusan tinggi dan biras saya semuanya juga berjawatan tinggi. Suami dan saya bagaimanapun berpendidikan sederhana dan duduk di kampung bersama ibu mentua. Apa yang menjadi masalah saya, sikap mentua kerap kali membuat saya tertekan. Saya bekerja di kilang berdekatan rumah dengan jadual kerja tidak menentu. Tetapi jika ada masa atau waktu cuti saya tetap menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu.



Suami memahami keadaan ini dan kerap kali dia membantu menyelesaikan kerja-kerja rumah. Malangnya, mentua melihatnya sebagai saya ‘menghambakan’ suami.’ Keadaan bertambah buruk kalau adik beradik lain pulang ke kampung. Ada saja caranya mencari perhatian. Setakat ini suami hanya diam tetapi lambat laun saya tahu hati suami akan terganggu juga. Kami pernah menyuarakan hasrat untuk berpindah, tetapi abang ipar tidak benarkan atas alasan emak semakin tua dan tiada siapa menjaganya. Saya makin tidak selesa. Hubungan dengan suami juga mula dingin dan cubaan mendapatkan anak juga belum berjaya. Ada kala terlintas juga rasa hendak berpisah saja dengan suami. 
susah ya, duduk dengan mentua? serba tak kena, kan? iya ke? 

bagi sofi, jawapannya tidak. kenapa? sebab sofi pernah tinggal bersama emak mentua selama 7 tahun, gitu. kami berpisah bila dia meninggal dunia. Innalillahiwainnailaihiroji'un.

kebahagiaan ada di mana-mana. tapi ia terletak di hati. kalau hati tidak bahagia, memang tidak akan ditemui kebahagiaan itu. sebab itu bergembiralah! hidup dengan mentua bukan sesuatu yang harus menjadi penyakit. ibu mentua bukan kudis, tak perlu mengelak mereka. 

sofi suka ulasan berikut. dpd dr rubiah k hamzah. kupasannya dlm berita minggu patut dihayati.

WAHAI Menantu Tertekan, (pengirim emel di atas) anda sebenarnya sedang membina syurga buat suami dan diri anda. Pastikan semangat ini membakar seluruh hidup anda sebagai seorang isteri dan menantu dalam keadaan apa sekali pun. 

Dulu, anda bersetuju untuk berkahwin dengan suami anda kerana mencintai suami dan suami pun mencintai anda juga. tanyalah diri, dari manakah suami anda belajar menyayangi dan mencintai orang lain? tanya sekarang!

Jawapannya, tidak lain dan tidak bukan pasti daripada ibunya atas izin Allah SWT. Anda ada menyatakan yang anda sayangkan suami. hei, anda baru menyayangi suami selama 3 tahun, tau! ibunya? wahai isteri, ibunya sudah menyayangi suami anda sejak lahirnya. Sejak kecil sehinggalah saat anda temui dia, jatuh cinta dan sekarang bergelar suami anda. dalam kata lain. anda sudah memiliki buah kesayangan daripada pokok yang dijaga oleh ibu kesayangannya. jadi.....

Wajarkah anda tidak menyukai orang yang melahir, menyusu dan membesarkan suami anda? 

kenapa? kerana dia sudah tua? berusia? suka berleter? 

Lupakah anda bahawa di usia emas ini, ibu mentua sememangnya memerlukan perhatian dan sentuhan yang sangat banyak, lebih-lebih lagi kemungkinan dari segi pemikirannya sudah hampir nyanyuk mungkin. Mahukah anda dilayan sebegitu oleh anak dan menantu anda nanti andai kata umur anda juga selanjut itu? 

Biasanya apa yang anda mahu itulah yang anda tuai nanti. Jika anda mahu membalas restu orang tua suami yang sudi menerima anda sebagai menantu serta membenarkan anda berkahwin, inilah masanya membalas kebaikan mereka. Ia kerana tanpa restu mereka anda tidak akan bersama dengan suami anda sekarang. Oleh itu, renung kembali apa jasa ibu mentua anda pada suami dan membenarkan anda tinggal di rumahnya. Jika anda tidak insaf maka benarlah anda menantu yang akan tertekan selamanya. 

Nasihat Umi, anda harus melihat ibu mentua anda sebagai ibu anda sendiri, bukan ibu suami. Ibu ini adalah syurga bagi suami anda dan suami anda pula adalah syurga anda. Jika bukan syurga sebagai matlamat hidup anda di dunia dan akhirat maka perkara ini akan anda lihat sebagai remeh temeh saja. Sedangkan pintu ini adalah satu-satunya sumber utama kebahagiaan perkahwinan anda, iaitu doa restu ibu bapanya dan ibu bapa anda. 

Oleh itu, Umi nasihatkan bagi mendapatkan syurga di dunia dan akhirat belajarlah melihat ibu mentua anda sebagai orang yang sudah berjasa besar kepada anda dan anda sekarang berusaha membalas jasanya melahirkan suami anda ke dunia ini. 

Air susu ibu tidak mampu dibalas dengan apa-apa pun di dunia ini. Maka belajarlah memujuk hati, ikhlaskan diri dan segala yang anda lakukan kerana Allah SWT. Buatlah apa yang anda mampu. Apatah lagi suami menyokong tugasan harian anda di rumah. Jika anda dan suami melakukan apa saja dengan ikhlas maka anda tidak akan bersusah hati dan bimbang apa yang dikatakan ibu mentua anda. Dia sudah tua, dia memerlukan banyak perhatian dan simpati daripada anak dan menantunya. 

Berilah perhatian sekadar yang anda mampu. Jangan disimpan apa yang keluar daripada mulut mentua. Ibaratkan dia sedang meluahkan perasaannya kepada siapa saja, tapi sebab dia sudah tiada modal untuk berbual, maka dia akan senang mengumpat sesiapa saja yang dekat dengannya. Ia kerana dia tak ada bahan lain untuk mendapat perhatian dan untuk dijadikan bahan perbualan. Kesempatan anda di depan matanya itu digunakan untuk berkongsi rasa, tidak lebih dan tidak kurang daripada itu. 

Inilah orang tua, langkahnya terhad dan bahan ceritanya pun terhad. Jangan simpan dalam hati kemudian berdendam dengan apa yang dikatakan. Buatlah seperti ungkapan lama, masuk telinga kiri keluar telinga kanan saja, jangan disimpan satu perkataan pun dalam hati. Anggaplah itu lagu dan drama di televisyen saja. 

Bina kekuatan dan kemampuan kuatkan azam untuk terus memberikan khidmat terbaik walau apa pun yang diperkatakannya. Sebabnya, dia ibu mentua kita dan masanya amat terhad. Atau berdasarkan keadaan sekarang, mungkin dia atau mungkin kita pergi dulu. Biarlah sewaktu kita atau pun dia pergi, jiwa masing-masing bersih daripada sebarang dendam atau rasa tidak puas hati. Tidak rugi rasanya jika anda belajar memaafkannya. Jika ini mampu anda lakukan andalah insan paling bahagia dan bertuah di dunia. 

Jangan berasa terhina dengan apa yang dilontarkan kerana dia sudah tua. Umi nasihatkan teruskan berbakti dengan mentua dengan rela dan ikhlas dan senang hati agar Allah SWT akan memudahkan hidup anda dan suami serta dipilih sebagai calon isi syurga di dunia dan akhirat. 

Pesanan orang tua, anak paling bertuah di dunia ini ialah anak yang diberi kesempatan menjaga orang tuanya. Maka rebutlah peluang dan kesempatan ini, yang tidak diberikan Allah kepada semua yang bernama anak. Mudah-mudahan Allah menerima ibadat menjaga orang tua dan digolongkan masuk syurga. Akhirnya sedarlah bahawa Allah tidak pernah zalim dan menganiaya hamba-Nya. 

Yakinlah anda tidak berhak untuk bahagia, tenang selagi anda tidak yakin janji Allah SWT yang Maha Adil, Hakim Yang Maha Bijak, yang memasukkan seorang wanita ke syurga hanya kerana menolong seekor anjing dan memasukkan seorang wanita yang lain ke neraka kerana menyeksa seekor kucing. Mudah-mudahan anda menjadi menantu terbaik yang dijanjikan syurga kerana berbuat baik pada orang tua, apalagi mentua. 
..........................
sofi pernah rasa terkilan. pernah rasa sakit. pernah menangis. pernah bersedih. tapi sofi juga pernah ketawa, pernah gembira bersama mentua. hingga kini, yg manis bila dikenang bersama suami memberikan kepuasan yg bukan sedikit. sekurang-kurangnya kami berdua ada kenangan dengan mereka. 

nak tau satu cerita? mm, allahyarham mak mentua sofi ni mmg rajin masak. dulu, tiap kali pergi ke sekolah, sofi mesti bawak bekal. wah semua org cakap sofi rajin, pandai ambik hati mentua. sofi senyum jerrr...

satu hari, sofi bawa sejenis kuih..jenama apamlah..hehe..tp kuih ni mmg my mom punya speciality. sedappp! semua org sibuk merasa. okeylah, kan. 

tiba-tiba sorang ni cakap, "weh, bagi aku resepi kuih ni. sedap betullah!" 

makk, blush habis aku masa tu. malu... tp terpaksalah juga bagitau diorg sume..

"Kawan2, actually selama ni, my mom yg masak untuk i, okey. nak resepi, jom pi rumah i."

wakaka...... apa punya menantu, kan? but the kenangan was sooo sweet. bila sofi citer pd mak, dia tak marah, sebaliknya dia ketawa besar n she never missed masak utk sofi lepas tu.


i loved her then, and i love her still. emo lah pulak....

okey. itu je. harap dpt manfaat bersama. 

jumpa lg! 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…