Follow Us @soratemplates

30.10.10

gila bayang

Tiap Hari Tiap Malam

Tak Berhenti aku Mengenang

Nasib Malang Kau Menghilang
Entah Kemananya Sayang

Jika Engkau Tak Kembali
ku Tak Tahu Apa Nak Jadi

Gila Bayang Tiap Hari

Kembalilah Oh Kembali
anda pernah rasa? gila bayang? pernah mengalami? 

Kehidupan ibu seorang anak kini tidak tenteram sejak tiga bulan lalu apabila mendakwa suaminya diganggu seorang wanita yang gila bayang terhadap teman hidupnya itu. Walaupun suami tidak melayan, wanita terbabit memendam rasa hingga hari ini. Ini kerana wanita muda berusia 25 tahun dan bekerja sebagai tukang urut sanggup menghubungi suaminya hingga 30 kali dan mengirim 10 khidmat pesanan ringkas (SMS) sekiranya suaminya mematikan talian telefon bimbitnya. akibatnya, suami yang enggan diganggu wanita terbabit terpaksa mematikan telefon bimbit berkenaan ketika tidur.
Bagaimanapun, apabila telefon berkenaan dihidupkan esok pagi, maka SMS yang dihantar pengendali talian telefon bimbit digunakan menyatakan terdapat sehingga 30 laporan talian tidak dijawab. Dakwanya, wanita terbabit turut menghantar sebanyak 10 SMS untuk bertanyakan pelbagai soalan terhadap suaminya termasuk bertanyakan khabar serta mempersoalkan mengapa talian ditutup.
"Kadang-kadang dia menghubungi suami ketika saya ada di sebelahnya dan dalam perbualan itu dia bertanyakan adakah saya berada berhampiran kerana wanita itu mahu berbual. Sekali tu, saya hilang sabar dan tanya dia apa dia hendak. Tahu apa jawabnya? dia hanya mahu berkawan dengan suami saya!" 
makkk aiii, kalau aku pun, tensyennnn!
itulah bahana gila bayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.