apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

29.10.10

facebook lagi

ada rungutan. mak bapak cikgu cikgi merungut bahawa rata-rata, setiap seorang anak remaja ada akaun facebook, sekurang-kurangnya satu akaun. 
facebook, laman sosial yg popular jauh lebih popular daripada muzik sekarang. 


semua orang tahu, di fb, anda boleh conteng apa-apa sahaja.....boleh main macam2. orang tua dengan farmvillenya, yang kecil dan muda, akan obses dan  ketagihan bermain permainan komputer. 


Ingat! ketagihan yang keterlaluan pasti ada padahnya. 

Inilah amaran dibuat beberapa pakar perubatan termasuk pakar otak terkemuka Britain yang juga pensyarah Universiti Oxford, Susan Greenfield. Menurutnya, obsesi melampau melayari laman web sosial dan permainan komputer boleh menjejaskan fungsi otak. 

“Ketagihan internet boleh merubah otak dengan menjejaskan tumpuan dan mengurangkan aspek kepantasan reaksi atau rasa empati. Individu boleh menjadi seorang yang dingin, tidak peka atau sensitif dengan perasaan orang lain kerana fungsi otak mereka yang diubah kerana terlalu asyik dengan komputer. Ringkasnya, tabiat mereka itu menyebabkan minda mereka menjadi tumpul. Bagi saya, fakta ini sudah cukup membimbangkan dan sewajarnya diberi perhatian sama seperti tumpuan kepada isu perubahan cuaca. Ia mungkin lebih serius kerana membabitkan keupayaan seseorang itu berfikir dengan baik dan bagaimana otak itu berfungsi. Kita juga bimbang, andai ketagihan ini berterusan, ia boleh mewujudkan generasi yang lemah mindanya,” kata Greenfield ketika berucap pada Festival Sains Britain, baru-baru ini. 



hmm, menakutkan!


Penggunaan laman web sosial mengurangkan interaksi secara bersemuka. Golongan muda tidak lagi suka berbicara secara berdepan dan menyebabkan mereka tidak sensitif dengan perasaan atau endah reaksi rakan atau orang lain. Selain itu, penggunaan enjin carian mencari fakta menjadi halangan individu untuk belajar atau mentelaah. Akibatnya ramai yang terlalu bergantung kepada enjin carian bagi mendapatkan maklumat diingini daripada berikhtiar atau bersusah payah mencari fakta menerusi buku atau sumber rujukan lainnya. tabiat suka bermain permainan komputer pula mengajar pelbagai aspek negatif yang memudaratkan seperti menganggap kesilapan sebagai perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan. 


banyaknya keburukan fb dan internet games....ada lagi ni, baca ya!


di aspek kesihatan pula, disebabkan pengguna tidak lagi suka begerak atau bersenam sebaliknya sanggup makan di depan komputer. malah tidak peduli pada waktu makan akan menyebabkan obesiti. 

Kebimbangan Greenfield turut diakui pakar atau saintis saraf kognitif Universiti Tufts di Massachusetts, Amerika Syarikat, Maryanne Wolf. 

“Saraf dalam otak yang selama ini digerakkan aktiviti membaca serta menganalisis kandungan bahan bacaan itu boleh terjejas apabila lebih ramai yang memilih untuk melayari internet. Kita tidak lagi berminat untuk menganalisis fakta yang diterima bulat-bulat menerusi enjin carian. Berikutan itu, kita tidak lagi mengajar otak untuk berfikir secara mendalam yang boleh menjejaskan fungsi otak apabila keadaan berlarutan. Saya bimbang, jika itulah yang dilakukan dari peringkat awal kehidupan iaitu kanak-kanak, bagaimana keadaannya apabila mereka dewasa kelak. Ia tidak hanya menjejaskan kehidupan seharian tetapi bagaimana mereka dapat menjadi pekerja yang cekap dan berdaya saing?” katanya. 



sumber: berita harian

2 ulasan:

  1. gunalah kemudahan dengan sebaik-baiknya...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.