Langkau ke kandungan utama

114. emak dicintai, anaknya? oh nooo...






Seorang wanita ditinggalkan oleh suaminya yang ingin berhijrah ke luar negara. kerana enggan mengikut suami, si isteri diceraikan dan diberikan hak untuk menjaga anak perempuan mereka yang berusia 4 tahun. selang beberapa bulan, siisteri dilamar oleh seorang lelaki. lelaki ini masih teruna walau sudah berusia 35 tahun. menyangkakan dia dan anak akan dilindungi oleh suami, dia menerima lamaran tersebut. maka bermulalah episod baru dalam perkahwinan kedua wanita cantik ini.


pertengkaran pertama berlaku. sisuami menghalang isterinya daripada membawa anak kecilnya tinggal bersama-sama mereka. dia tidak mahu diganggu oleh rengekan anak tirinya itu. katanya, nanti dia tidak mendapat ketenangan di rumah. malangnya, si isteri berkeras mahu anaknya tinggal bersama-sama mereka. itu anaknya, mana boleh diserahkan untuk dijaga oleh datuk atau neneknya? dia membantah. maka merajuklah si suami selama seminggu tetapi dia beralah juga.

2 bulan kemudian, pembantu rumah indonesia adik si suami balik ke negaranya. kerana kasihankan adik, suami meminta isteri yang sudah berhenti kerja menjaga anak2 saudaranya yang seramai 3 orang itu. konon ingin menjadi isteri misali, isteripun menurut. mula2 si adik yang bekerja sebagai kerani dtang mengambil anak2 nya di setiap hari. kemudian ia menjadi 3 hari sekali langsung seminggu sekali pula. kini, dari anak cuma seorang, bertambah menjadi 4. 
anak2 saudara ini menjadi kesayangan pak long mereka - si suami. istimewa sungguh mereka ini sehingga boleh menyepahkan rumah, permainan, pinggan mangkuk, pendek kata dah macam tuan besarlah, gitu. yang mengemas siapa? si isterilah. kalau bersepah-sepah, siaplah akan pasti dimarahi suami. 

budak2 ber3 itu pula suka benar menyakat si anak perempuan itu. maka si cengeng itupun menangis. sudahnya bapa tiri akan mengherdik, menunjukkan kemarahan dan kebencian. isteri mula berasa geram dan suami yang tidak adil itu dikutuklah, tapi di belakang. depan suami....lembut gigi daripada lidah.
satu hari seorang daripada anak saudara lelaki itu menampar pipi si anak tiri kerana anak tiri tidak membenarkan anak patung barbienya diusik. siibu mengamuklah lalu ditamparnya pipi anak saudara itu. wah...belum sempat meletakkan briefcase, anak itu sudah mengadu kepada paklong. apa lagi, terus sahaja isteri dan anak tirinya dibalun. 

segala-galanya diungkit. tak sedar diri, makanpun ditaja, hmm, menumpang, iyalah orang sedang
marah, apatah lagi anak tiri itu memang tidak disukai, huh, macam-macam kutuknya. sakit telinga kalau kita mendengar. isteri yang kesedihan, membalas dan mengungkit juga. dia kulikah? dia hambakah di dalam rumah itu? katanya lelaki itu tidak menganggap dirinya sorang isteri hanya janda sepi yang perlu ditemani. 

kini, mereka sudah bercerai. perempuan itu menjanda kembali sementara si suami sudah berkahwin semula dengan anak dara lagi. hmm...

moral of the story?

jangan kahwin kerana memenuhi kehendak nafsu semata-mata. 
jangan kahwin kalau hendakkan emak/bapak tapi anak tak mahu (kalau nak kahwin dengan janda atau dudalah!) 
kahwin dengan orang yang mencintai dan boleh menerima diri kita seadanya
jangan kahwin dengan orang yang kita cintai........


Ulasan

  1. kak sofi ..

    perkara ni terjadi pada kakak saya (balu beranak 2) ...
    suami baru dia tak nak jaga anak2 kakak saya ... sbb dia kata bukan tanggungjawab dia ...
    yang kelakar tu ... si jantan keparat ni ... tak kerja ... duk rumah goyang kaki ... kira macam biawak hidup la orang kata ....
    boleh pulak pagi2 mintak duit kat kakak saya ... macam budak mintak duit gi sekolah ....

    dasar jantan tak tau malu ...

    sebelum kawen kata dia ada bisnes balak la ... itu la ini ... duit ada byk la .. tapi konon2 akaun kene freeze ada kene mengena dgn DSAI ...


    huhuhuu .... kalau kak sofi nak tahu .. melambak jantan2 yang seghopa ini kat dunia ni ... huhuhu ....

    kawan

    BalasPadam
  2. salam...
    kita wanita sering jadi mangsa jd jgn terlalu ghairah utk kahwin lg. berhati2lah dlm memilih pengganti
    thnx kawan, ya!

    BalasPadam
  3. Salam,

    Dalam hidup ni kita diberi banyak pilihan dan tugas kita cuma kena bijak membuat pilihan. Ikutkan hati mati...ikutkan rasa binasa...Kita tak tahu dgn siapa kita akan jatuh cinta,tetapi gunakan peluang untuk memilih itu dengan bijak...walaupun cinta itu buta tetapi jangan butakan mata hati untuk menilai bagaimana lelaki yang sepatutnya untuk melindungi kita.

    Berkahwin kerana nafsu cuma kenikmatan yang sementara yang takkan kekal selamanya..adakalanya berubah mengikut masa...tetapi berkahwinlah kerana rasa tanggung jawab ingin saling melengkapi diantara satu sama lain itu lebih selamat...

    Cuma pendapat saya..

    BalasPadam
  4. salam izah...
    thanx.. saya suka komen anda.
    nafsu membutakan mata hati!

    BalasPadam
  5. betul tu...
    berkahwinlah atas rasa tanggungjawab dan yang penting kerana Allah...

    nafsu itu hanya datang daripada hasutan syaitan dan iblis...jgn ikutkan nafsu nanti diri sendiri yang merana...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…