duit, duit!

Rakyat perlu sedar bahawa peningkatan kos hidup tidak dapat dielakkan apabila Malaysia mencapai sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi pada masa depan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perkara itu akan berlaku kerana kerajaan tidak dapat berterusan memberi subsidi bagi membolehkan harga barangan dan perkhidmatan terus rendah.

"Saya menyokong dasar kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi. Cuma saya bimbang rakyat mungkin menjangkakan peningkatan pendapatan ini akan dicapai tanpa disertai kos hidup lebih tinggi. Oleh itu adalah lebih baik rakyat diberi amaran awal- awal lagi tentang hakikat ini," katanya dalam entri terbaru bertajuk Ekonomi Berpendapatan Tinggi dalam blog http://chedet.co.cc di sini hari ini.

komen: sendiri kena ingatlah ya, kawan-kawan... ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. 

thanx: blog chedet. 

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen