Langkau ke kandungan utama

Dia yang satu

seorang sahabat memberikan aku nasihat ini ketika aku berada di persimpangan. maksudnya ketika aku sedang hendak memilih. yang satu aku suka. yang satu lagi aku sayang. yang satu menguntungkan, satu lagi pula tidaklah merugikan. ibarat ditelan mati emak, diluah mati pulak bapak.

katanya;
siapakah yang dapat memberi jaminan bahawa kalau kau pilih A, kau akan bahagia? dan siapakah pula yang boleh mengatakan andai kau pilih B, hidupmu akan derita?

aku renung anak matanya, tidak memahami. dia perlu menjelaskan lagi...

sambungnya; 
tiada bahagia yang kekal dalam hidup kita. sekarang mungkin kau bahagia, kejap lagi mungkin kau ditimpa musibah lalu kau menangis. bahagia di dunia ini diselangseli dengan derita dan kecelakaan. kan hidup umpama roda? tayar itu bergolek-golek. kau faham?

ya, tentu sahaja aku faham. 

katanya lagi....
hidup ini tiada kepastian. kalau B yang kau pilih pun, dan kau letakkan pros dan kons, kau masih tidak dapat memastikan kejayaanmu akhirnya, kan? 

aku anggguk. memang betul, kataku... tapi kalau aku pilih B, aku tahu matlamat aku. Aku akan berusaha mencapainya. sungguh, aku sudah lelah dengan A.. kalau selamanya aku dan A...aku akan kekal begini sahaja. sampai bila-bila. 

sahabatku menggelengkan kepala....
siapakah penentu masa depanmu sehingga begitu yakin engkau menyebut begitu? Engkaukah? Tuhan mu kah? beristighfarlah! 

lama dia berjeda....
kawanku, pilihlah B kalau itu membahagiakan kamu tapi ingatlah bukan pilihanmu yang menentukan kejayaanmu, bukan juga usahamu yang bersungguh-sungguh, tetapi DIA....

Kalau DIA izinkan, semuanya menjadi mudah untukmu. kalau tidak, bukan pada Dia harus kau marah. bukan juga pada diri harus kau menyesal tetapi anggaplah bahawa....

"Yang baik untukmu, pada fikirmu, belum tentu yang terbaik untukmu di sisi Allah, begitu juga...yang kau sangkakan buruk dan tidak sesuai denganmu, itulah yang Allah mahu kau ambil kerana Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."

kawan2 ...inilah kupasan untuk cerpen yang akan datang. tunggu, ya!
   . 

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…