Langkau ke kandungan utama

di usia senja...di mana berada?

setiap orang akan menjadi tua jika Allah panjangkan umurnya. proses ketuaan akan dilalui. kulit yg dulu anjal mula menggeleber. kedut makin banyak, tulang makin reput, mata makin kabur.....

ada org2 muda masa kini sebelah mata pun tak pandang pd org2 tua. tp ingatlah itu destinasi anda. mahu atau tidak and perlu siapkan diri untuk ke sana sebelum anda mati. 

jadi, apa perlu anda buat untuk ke usia senja ini?

Jangan terlalu berharap anak-anak akan menjaga kita di hari tua kerana apa saja boleh berlaku yang tidak memungkinkan perkara itu. Sama ada orang itu beranak-pinak, tidak berkahwin atau pun tidak mempunyai anak, sama saja kemungkinannya. Kena bersedia untuk menjaga diri sendiri di usia emas nanti

Teruskan hidup dengan mendekatkan diri pada Allah dan jangan menjeruk rasa atau bersusah hati mengenang nasib sekiranya anak tidak mahu menjaga kita. Sekiranya mereka hendak menjaga biarlah ikhlas bukan secara paksaan,


Rumah penjagaan swasta berbayar mungkin sesuai untuk orang yang mempunyai wang, tetapi bagaimana sekiranya sebaliknya? Bukanlah rumah penjagaan tidak baik kerana ada juga kebaikan seperti daripada segi keselamatan dan ada aktiviti terancang.


Warga emas dahulu, kini dan akan datang akan melalui perubahan daripada segi cara hidup dan sikap mereka. Setiap satu ada perbezaan tersendiri sejajar zaman yang ditempuhi.



Sekarang golongan warga emas kebanyakannya daripada golongan profesional, ada wang sendiri dan berfikiran moden. Mereka ini biasanya lebih pandai membawa diri dan mencipta aktiviti sendiri bagi mengisi masa serta lebih berdikari.

Ulasan

  1. Iman tak dapat dijual beli
    Iman juga tidak diwarisi
    kerana itu didiklah diri dan anak-anak
    agar mengerti tanggungjawab dan tinggi akhlak

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…