apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

17.10.10

152. di sebalik keceriaannya

siapa x kenal dia? dulu kerja askar, pastu jd penyanyi, pastu melawak dan skrg dialah penyampai sinar fm. celotehnya tiap pagi bergandingan dgn kak engku dan khairil mmg gamat. suka aku dengar. korang, org2 muda bukak ke sinar fm? hehe...

namanya salih yaakob. dan dia mendakwa, dia pernah mengikat kontrak sebagai jurucakap sebuah syarikat ais krim jenama tempatan, dari tahun 2008 hingga 2009. Malangnya, sejak tamat kontrak pada Ogos 2009, sehingga kini, bayaran berjumlah RM200,000 berupa baki kontrak itu masih belum dilunaskan syarikat terbabit. Puas merayu disusuli banyak panggilan telefon berbalas pelbagai alasan, Salih tekad menuntut haknya diadili di mahkamah. Dia kesal dan kecewa kerana penganjur gagal memenuhi semua janji yang dipersetujui sebelum ini. 

kenapa ya nak saman pulak?
Tujuh bulan lepas saya pernah merayu dengan pihak syarikat terbabit. Ketika itu, tujuan saya bukan untuk bermewah-mewahan tetapi untuk meringankan bayaran perubatan rawatan penyakit kronik yang dihidapi anak bongsu saya. Farah Aqeesa menghidap leukemia yang memerlukan kos perubatan puluhan ribu ringgit. Saya bertindak bukan untuk diri sendiri memandangkan bayaran kos rawatan anak sudah dilangsaikan. 
pergilah bersemuka!
Saya dah hubungi mereka tetapi macam-macam hal. Dulu masa mahukan saya terima tawaran, mereka sanggup datang ke muka pintu rumah saya. Pujuk-rayu supaya terima tawaran tapi bila sudah habis kontrak, senyap. Dulu mereka kata mahu tolong orang Melayu untuk sama-sama berjaya, tapi begini jadinya.

kenapa sekarang?
Tiga bulan keluar masuk hospital, saya dan isteri yang semakin sakit tengok penderitaan anak dan kanak-kanak lain yang terlantar di hospital. Saya mahu duit RM200,000 itu untuk disumbangkan sebagai dana hospital untuk membiayai rawatan perubatan kanak-kanak yang datangnya daripada keluarga miskin, yang tak mampu membayar kos perubatan puluhan ribu ringgit. Saya terpanggil untuk beri sumbangan, sumbangan cara lain saya tak mampu, itu sahaja yang saya boleh buat.
kalau ini adalah yg terbaik utk dibuat, buatlah salih!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.