Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Sejak kali pertama melihatnya, Taufik Azhari sudah dibuai cinta terhadap Nurul Hana. kini, mereka bertemu lagi, dan Irfan menjadi taruhan. A...

cintaku satu - sinopsis

By Oktober 04, 2010 ,

Sejak kali pertama melihatnya, Taufik Azhari sudah dibuai cinta terhadap Nurul Hana. kini, mereka bertemu lagi, dan Irfan menjadi taruhan. Ana rela dalam paksa untuk berkahwin dengan lelaki itu kerana dia tidak mengerti mengapa mereka harus bersatu? 
Taufik kata "Saya gilakan awak!" 
Ana balas, "Gila bukan cinta, ya!"
Namun, bila sudah bersama, manisnya cinta, hangatnya asmara. bahagia menjadi milik mereka. 
Malangnya, ada yang tidak gembira melihat mereka ketawa. maka gelora pun melanda, badai mula mengganas. Fitnah ditabur tetapi istana kasih masih teguh berdiri.
lantas, kerana dendam yang bertahun lama dipendam, Akmal Basha nekad membunuh Taufik. 
Taufik dijemput pergi dan Ana penasaran meniti hari-hari sepi. 
Kerana geram, Ana nekad mencari siapakah yang kejam memisahkan dua hati. 
Dalam pencarian, dia hampir maut di tangan Akmal. 
Siapakah yang menyelamatkannya? dan, apakah berakhir di sini sahaja?
Cintaku satu ada jawapannya.
Bacalah! 
.....................................
kalau ada yang nak bagi sinopsis yang lebih baik, berikan aje semasa anda komen nanti. insyaallah, 3 komen terbaik akan sofi hantar kepada penerbit dan yang berjaya dipilih menjadi sinopsis Cintaku Satu (tertulis di belakang novel itu nanti), akan mendapat buku Cintaku Satu percuma dari sofi dan siap sofi tanda tangan lagi. hehe...
komen ya!


You Might Also Like

2 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.