Langkau ke kandungan utama

cinta terlarang akhir

Si ibu memerhati gelagat si anak yang masih menangis sambil melihat gambar-gambar yang terdapat di dalam album, album yang sudah berusia hampir 15 tahun. Dia faham mengapa anaknya itu bersedih. Malah dia tahu, bahawa sehingga kini, Amira masih lagi dihantui rasa bersalah terhadap kakaknya.
............................................
Amira ketika itu sedang teringatkan kenangan lama yang tidak pernah mahu meninggalkannya. Saat Zaireen jatuh tangga dan mereka berusaha membawanya ke hospital. Di hospital, doktor memberitahu Syafiq bahawa isterinya perlu dibedah. Selepas hampir 3 jam, doktor menggendong bayi lelaki yang comel dan menunjukkannya kepada Syafiq. Amira yang duduk tidak jauh dari situ membiarkan Bazli dan Asilah berlari melihat adik mereka. Dia kemudian mendengar suara sayu Syafiq mengalunkan azan dan iqamah.

Doktor kemudian berbisik-bisik dengan abang iparnya. Dia hanya memerhati, kebimbangan mengatasi segala.

“Isteri Encik Syafiq lumpuh dari paras pinggang ke bawah. Maafkan kami kerana tidak mampu berbuat apa-apa untuknya.”

Amira tersentak. Syafiq tergamam. Berita yang doktor bawa itu sangat-sangat memeranjatkan mereka. Syafiq kemudian meminta izin doktor membawa masuk anak-anak untuk melihat keadaan isterinya. Amira ditinggalkan sendirian di luar.

Setelah agak lama menanti, dia ingin menjenguk ke wad kelas 1 yang diduduki kakaknya. Ketika ingin membuka pintu, dia mendengar suara lemah Zaireen, “Jangan tinggalkan Reen, abang. Maafkan Reen jadi lumpuh begini, tapi ini bukan kehendak Reen. Jangan pergi! Reen tak mahu kehilangan abang. Reen tak sanggup berpisah dengan abang. Pleaseee....”

Amira mengelap sepasang mata yang basah. Dia tahu apa yang harus dibuat tika itu. Dia harus menunaikan permintaan abang iparnya. Kalau sebelum itu dia teragak-agak, kini dia sudah pasti, itulah jalan terbaik yang harus diambil. Baginya, Syafiq harus bertanggungjawab terhadap Zaireen. Kalau tidak kerana pengakuannya, Zaireen tentu tidak akan jatuh dan menjadi lumpuh!
...........................
“Semua yang terjadi dah ketentuan Allah! Tak baik Mira salahkan Syafiq. Lagipun Mira, kalaulah betul Syafiq bersalah, dia dah tebus kesalahannya, nak. Bertahun dia menjaga kakak Mira yang lumpuh. Mana dengan anak-anak, kerja lagi, semuanya dia buat sorang-sorang.  Tak pernah mak tengok dia mengeluh. Tak pernah mak dengar dia merungut. Mahal harga yang terpaksa dia bayar untuk menebus kesalahannya yang jatuh cinta pada kamu.”         

Amira merenung sayu seraut wajah ibunya. Sesungguhnya, tiada rahsia yang disembunyikan. Kata ibunya, Syafiq mengaku kesalahannya lama dulu. Melalui ibunya, Syafiq juga telah meminta maaf kepadanya.

Mereka tidak pernah bertemu selepas Amira meninggalkan rumah itu. Sementelahan pula, Amira mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPMnya. Selepas setahun mengikuti kelas persediaan, Amira kemudian terbang ke Ireland, menyambung pelajaran di School of Medicine and Medical Science, University College Dublin. 3 tahun dia belajar ‘pre clinical programme’ diikuti 2 tahun berkhidmat di St Vincent’s University Hospital sebelum dianugerahi Ijazah di bidang surgeri.

Amira tidak pulang ke Malaysia selepas itu. Dia memohon untuk terus berkhidmat di hospital berkenaan. Semasa di sana, dia menerima berita kematian kakaknya 3 tahun lepas dan diikuti berita kematian ayahnya, tidak lama kemudian. Dia enggan pulang. Dia boleh pulang kalau dia mahu tetapi hanya bila emaknya menangis di talian telefon, barulah hatinya lembut.

Ya, kini, dia sedang bercuti sementara menunggu untuk memulakan tugas sebagai doktor di Hospital Kuala Lumpur dalam tempoh sebulan lagi. Emak yang beria-ia mahukan dia bekerja di KL. Kata ibunya, dia sudah biasa dengan kesibukan kota, bimbang nanti tidak betah duduk di kampung dengannya.

Amira akur. Dia tahu, apa juga yang dia lakukan mendapat restu ibunya.

Dahi Amira berkerut bila dia mendengar deru enjin kereta memasuki halaman rumah. Entah mengapa, dadanya berdegup kencang. Dia bagaikan tahu siapa yang datang.

“Pergilah tengok. Diorang rindukan kamu.”

Amira menoleh ke arah ibunya. “Diorang?” tanya dia.

“Anak-anak saudara kamu, Mira. Si Bazli dengan si Asilah. Tu, si kecil, Naim pun kamu tak pernah kenal. Pergilah sambut. Mereka tu dah tak sabar-sabar nak jumpa kamu.”

Amira segera melangkah ke muka pintu. Di halaman, kereta Mercedes ML 350 sedang tersadai megah. Perlahan-lahan Amira menuruni anak tangga. Dia menanti mereka yang berada di dalam kereta itu keluar menemuinya.

Seorang gadis sunti yang mula-mula menghadiahkan senyuman untuknya. Ayu dan anggun berbaju kurung. Kini, gadis itu melangkah penuh sopan ke arahnya.

“Maksu...”

Amira tidak dapat menahan sebak. 10 tahun jarak waktu memisahkan, tidak membenarkan dia melihat Asilah membesar di hadapan matanya. Kini, penuh sopan gadis itu mengucup tangannya.

“Asilah? Dah besar dah anak saudara maksu.” Bisiknya sambil memeluk gadis itu erat-erat.

“Ali pun dah besar maksu.”

Entah bila Bazli menghampiri mereka. Terlontar tawa dari bibir Amira. Air mata segera diseka.

“Ya, memang pun! Tingginya kamu, Ali. Dah macam anak teruna.”

Bunyi suara garau ketawa membuatkan semua merenung ke arah itu. Bazli dan Asilah saling berpandangan kerana buat pertama kali selepas sekian lama, mereka mendengar ayah mereka ketawa. Walau seketika, wajah ceria itu membahagiakan mereka.

Amira dan Syafiq berbalas renungan. Ada rindu yang sudah terbebat. Ada rasa kembali menghias. Ada senyum yang kembali terukir. Ada hati dimekari jambangan indah.

“How are you?” Syafiq bertanya lembut.

Amira tidak menjawab. Dia sebaliknya tunduk lalu menghulurkan tangan kanannya kepada si kecil yang malu-malu, yang berdiri di sisi ayahnya.

“Salam. Ini maksu. Nama maksu, Amira. Maksu tahu nama sayang, Mohamad Naim, kan? Boleh kita kenal?”

Lama Naim diam dan membiarkan tangan Amira tidak bersambut. Amira mengerti, Naim masih malu-malu dengannya. Untuk mendekati anak kecil itu, dia harus bersabar. Dia lantas berdiri.

“Jom naik. Patutlah nenek masak banyak hari ini, rupa-rupanya ada orang jauh nak sampai. Mari!”

Ketika dia ingin melangkah, tangannya dicapai dan jemari halus Naim menggenggam erat. Air mata menitis laju. Amira lantas menyambar tubuh kecil itu lalu mendukungnya. Pipi gebu itu dicium, dikucup penuh kasih sayang. Dia melepaskan kerinduannya.

Syafiq menarik nafas lega. Perasaan takut dan resah, bimbangkan penerimaan Amira terhadap diri dan keluarga, tiada lagi. Melihat gadis itu yang kini kelihatan cukup matang dan dewasa, mengembalikan nostalgia lama. Bunga-bunga cinta yang disangkakan sudah layu dan berkubur, kini kembali segar di hati. Soalannya, mahukah Amira menerima cintanya?     
...............................

Malam sudah larut. Masing-masing kini berada di hadapan TV. Menonton berita larut malam di TV3. Naim kini sedang terbaring di atas toto. Lenanya dia. Wajah mulus itu comel sungguh di dalam tidurnya. Asilah dan Bazli begitu setia dengan nenek mereka. Entah apa yang diceritakan oleh ibunya, Amira tidak tahu. Namun kedua-duanya begitu ralit mendengar.
Syafiq menghampiri dan kini duduk di sebelah Amira. Dahi gadis itu berkerut, bimbang ibunya menyedari namun lelaki itu selamba sahaja air wajahnya.

“Tadi, masa abang tanya Mira apa khabar, Mira tak jawab pun.”

Oh, rupa-rupanya itu yang ingin diketahui Syafiq. Ek eleh...

“Abang buta ke apa? Dah satu hari tengok Mira masih nak tanya soalan tu?” Dia berpura-pura marah. Entah mengapa, dia rasa ingin mengusik. Mendengar Asilah bercerita tentang keadaan papanya selama ini mengundang rasa kasihan. Dia cuba menceriakan lelaki itu.

Syafiq tersenyum. “Ada rindukan sesiapa tak?” tanya dia lagi.

Amira membalas senyuman itu. “Kalau ada?”

Syafiq mendengus tiba-tiba. Marah dan kecewa jelas kelihatan. Namun dia tidak bersuara. Merajuk agaknya.

“Rindu memang ada, tapi yang kesiannya, kan, Mira tak tahu siapa yang paling Mira rindu, tau. Nak kata rindukan anak, teringat bapak. Nak kata rindukan bapak teringat anak. This feeling kan bang, sangat komplikated. Makin nak lari, makin kaki jadi lemah. Tak boleh melangkah. Ingatkan bila berjauhan, boleh melupakan. Ditambah dengan rasa bersalah pada arwah kak Reen, Mira sungguh mahu membenci abang. Cuba bercinta dengan lelaki-lelaki lain, tapi Mira tak boleh hilangkan perasaan ini. Abanglah yang salah! Orang kecik lagi dah abang ajar bercinta, inilah padahnya.” Amira berbisik, hanya untuk pendengaran Mohd Syafiq yang begitu tekun memasang telinga.

Syafiq segera mencapai tangan Amira, digenggam dan dibawa ke bibir. Dia mengucup setiap jari, diiringi titis manik halus di pipi.

“Abang cintakan Mira. Percayalah, abang bahagia menjadi suami Zaireen Diyana tetapi adik dia, Amira Diyana, membahagiakan abang dengan pengakuan tulus tadi. Abang fikir, selama ini, Mira membenci abang sampaikan Mira tak mahu balik ke sini. Abang redha kerana itu kesalahan abang. Tapi, Allah masih kasihankan abang, kan Mira?”

Amira hanya mmapu mengangguk.

“Eh hmm, ayah! Ayah cakap, ayah nak lamar maksu depan kitorang. Cepatlah cakap! And, tangan tu, lepaslah! Belum kahwin tak boleh pegang, kan?” Bazli mengusik.

Amira terkesima. Rupa-rupanya, perasaan ayah dikongsi bersama-sama anak-anaknya. Entah apalah keistimewaan dirinya sehinggakan dia mendapat peluang untuk dicintai dan menyintai lelaki yang kini sudah berusia 37 tahun itu. Masih segak dan tampan tetapi yang penting masih setia menunggunya.   

Syafiq berlutut di hadapan Amira, menghulurkan sebentuk cincin belah rotan kepadanya.

“Amira Diyana binti Marzuki, sudikah menerima abang, duda anak 3 ni menjadi suami? Abang tak pandai bercakap belit-belit dan berbunga-bunga tapi di hadapan saksi-saksi kita ni semua, emak, Bazli, Asilah, Naim, abang ingin mendengar jawapan Mira. Kalau sudi katakan sudi, sudah lama ternanti-nanti.”

Amira memerhati setiap wajah. Penuh pengharapan, menanti dalam debaran. Amira tahu, dia tidak perlu bersuara. Hanya anggukan. Ya, sebaik sahaja dia mengangguk, dirinya didakap erat. Hisy, bukan Syafiqlah! Alisah dan Bazli. Kedua-duanya mendakap tubuh Amira erat-erat.

“Welcome home, mummy. Welcome home!”

Alangkah bahagianya. Ketika mengintai Syafiq, lelaki itu sedang mengelap mata. Hisy, tak boleh blah mamat ni, fikirnya. Sentimental betul. Hmm!
...............................
Okey dah tamat. Harap anda suka.    

Ulasan

  1. sy pun tgh mengelap air mata ni, kak sofi.. best sangat!

    BalasPadam
  2. salam shima n lena....
    janganlah nagis..itu kan cuma cerita huhu...

    BalasPadam
  3. salam applemints and epy, thanx

    BalasPadam
  4. klu DIA dh tetpkn jodoh 2,
    jarak n wktu bkn pghalang@ukuran,kan...
    best3x...

    BalasPadam
  5. bestt...xsgke mreke brsme jugk..hee..

    p/s: nk mtk tlg pd ckgu n others..
    spe tau emel syamnuriezmil?? nk msuk blog de..p jz limited 2 invited reader only...waaa..

    BalasPadam
  6. akhirnya segala berakhir seperti yg telah ditakdirkan.. klo dah jodoh.. jauh mana pun lari dia tetap datang menyapa..

    BalasPadam
  7. salam...
    miz ruha, anonymous, thanx
    sha.. tu lah mmg utk invited readers je hehe
    miznza, betul tu, sokong

    BalasPadam
  8. hbs dh...ingt pjg lg citer ni..pe2 pn citer ni mmg best...

    BalasPadam
  9. salam awek...
    terima kasih krn cakap citer ni best.

    BalasPadam
  10. best sangat2 ceta nie...terusik jiwa gan
    kasih yg murni...lau jodoh mcmana skalipun tetap
    akan bertemu jua ahirnya.

    BalasPadam
  11. This article was extremely interesting, especially since I was searching for thoughts on this subject last Thursday..

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…