Langkau ke kandungan utama

cinta terlarang 5

“Tak, Reen tak setuju. Kenapa pulak nak hantar Mira balik di saat-saat Reen dah nak bersalin ni? Apa masalah abang? Reen tengok Mira tu nak dekat dengan abang pun dia tak berani. Abang asyik hendak menengking dia aje. Kenapa, bang? Apa yang tak kena dengan abang ni?” tanya Zaireen. Dia keliru dengan sikap suaminya. Dia tidak dapat memahami mengapa Syafiq berkelakuan pelik begini. Adiknya cuma Amira seorang dan bila sering Amira dimarahi, hatinya turut terguris.

Di dalam kamar tidur mereka, Syafiq kegelisahan. Permintaannya Zaireen enggan turutkan. Nak hantar Amira balik, tak boleh. Nak ambil orang gaji Indon, tak mahu. Ya, Allah, kenapa susah sangat Zireen hendak memahami dirinya? Kenapalah degil sesangat? Tidakkah dia faham yang aku sedang cuba melawan perasaan ini? Tidakkah dia tahu yang aku cuba menyelamatkan rumah tangga kami? Tidak bolehkah Zaireen menebak hatinya?

“Abang nak turun, nak minum air.”

Tanpa menanti jawapan Zaireen, dia terus meninggalkan isterinya. Dia ingin ke dapur, membuka peti sejuk dan mengambil jus oren ‘peel fresh’ yang ada di situ. Demi menyejukkan diri. Demi menenangkan fikiran. Malangnya, di pintu dapur, kaki terhenti melangkah. Sepasang mata terarah kepada sosok adik ipar yang sedang mengemas pinggan mangkuk. Gadis itu sedang mengelap dan ingin menyimpan semua ke dalam almari.

Tubuh tegapnya disandarkan ke jenang pintu bagi memerhati pergerakan gadis itu. Amira masih tidak menyedari kehadirannya. Dia tahu, kalau Amira sedar pastilah gadis itu akan terus pergi meninggalkan dirinya di situ.

Nafas dihela perlahan dan dilepaskan. Syafiq segera bergerak dan duduk di kerusi. Inilah peluang untuk dia meluahkan. Dia yakin, Amira akan memahami hatinya. Dia yakin, Amira akan menurut kemahuannya. Dia yakin Amira akan mengerti.

“Tuangkan air oren untuk abang segelas, Mira.” Pintanya.

Amira berkalih. ‘Bilalah pakcik ni masuk ke dapur?’ tanya dia dalam hati.

“Air!” tegas Syafiq bila Amira masih tidak bergerak.

Amira segera membuka pintu peti sejuk, menuangkan air oren ke dalam gelas dan meletakkannya di hadapan Syafiq. Semuanya dilakukan dengan cepat sebab dia ingin segera keluar dari situ.

“Duduk!”

Amira mengerutkan dahi bila Syafiq mengeluarkan arahan sekeras itu.

“Duduk!” Kali ini suara Syafiq kendurkan.
Amira akur. Dia duduk di atas kerusi bertentangan dengan abang iparnya. Dadanya berdegup kencang. Hatinya beralun lunak. Dia tidak tahu mengapa setiap kali bersama Syafiq, dia jadi begini. Lidahnya kelu, dan bila Syafiq memandangnya, debaran dalam dada begitu kuat. Perasaan apakah ini?

“Abang nak minta tolong dari Mira. Abang nak Mira cakap dengan Kak Reen yang Mira nak balik kampung. Berilah apa-apa alasan yang Mira fikirkan logik, asal kak Reen setuju. Abang nak, Mira tinggalkan rumah abang ni.” Syafiq meminta dalam keterpaksaan. Hati amat sedih melihat pandangan sayu Amira namun dia harus tegas. Demi kebahagiaan Zaireen. Demi...

“Boleh Mira tahu kenapa abang benci sangat pada Mira? Apa salah Mira pada abang?” Setelah lama berdiam, Amira bertanya soalan yang sudah lama ingin diketahui jawapannya.

Syafiq tunduk. Sayu hatinya mendengar soalan itu. Sedih memikirkan orang yang dicintai menuduh dirinya membenci. Tapi,

“Cakaplah, bang. Beritahu Mira, kenapa abang bencikan Mira. Mira nak tahu!” Pinta Amira bersungguh.

Lama Syafiq diam, lama dia tidak menyahut. Namun bila dia mendongak, Amira tersentak. Wajah sedih itu meruntun naluri keperempuanannya. Tidak pernah dia melihat Syafik begitu.

“Abang harap Mira tak marah kalau abang cakap.”

Amira semakin keliru.

“Abang sayangkan Mira. Abang dah jatuh hati pada Mira. Abang tahu semua ini salah, tapi abang tak mampu menolak. Abang....”

Amira bangun dalam keadaan terketar sehingga kerusi makan itu terjatuh. Wajahnya pucat. Keterkejutannya nyata dan jelas. Rasa tidak percaya terpampang.

“Abang cakap apa ni? Tarik balik, bang! Abang dah gila! Macam mana kalau kak Reen dengar? Hah?” marahnya.

“Abang sedang lawan perasaan ni, Mira. Sebab itu, Mira kena balik kampung. Mira mesti jauhkan diri dari abang. Selagi Mira ada di sini, abang tak boleh hilangkan, tak boleh lenyapkan apa yang abang rasa. Abang tak mampu menolak rasa cinta ni. Mira faham tak?” 

Di sebalik dinding, Zaireen yang resah menanti suami naik ke bilik tidur mereka, terpana. Pengakuan berani mati suami menghiris hancur sekeping hatinya.

Jadi itulah sebabnya, hati mendesah. Sedihnya dia, hanya Allah yang tahu.

Bagaimana semuanya bermula? Amira baru saja dua bulan bersama mereka. Mengapa sebegitu cepat cinta hadir di hati. Sedangkan dia? Dia isteri Syafiq namun Syafiq belum pernah melafazkan kalimah itu. Bertahun mereka berkawan, sehinggalah kini, sudah dikurniakan anak, dia tidak pernah mendengarnya.

Sampai hati Syafiq. Sampai hati Amira, fikirnya.

Zaireen melangkah menaiki tangga. Dia ingin ke bilik, membawa hati yang kecewa. Namun, tetiba, ketika di anak tangga ke sepuluh, pandangan mata jadi berpinar. Dia tahu bahawa ketika itu, penyakit darah tingginya menyerang. Dan, pegangan terlepas. Dia jatuh!

Masing-masing tersentak bila mendengar bunyi sesuatu terjatuh. Syafiq dan Amira berlari keluar. Dan, demi melihat Zaireen yang sudah berlumuran darah, masing-masing menjerit,

“Reen!”

“Kak Reen!”
...................................
tunggu kesudahan cinta terlarang selepas ini.... 

Ulasan

  1. kesian kat zaireen..
    tapi kesian juga kat amira dan syafiq
    rupanya hanya zaireen yang suka kat syafiq tapi syafiq x sayang kat zaireen...(terperangkap)

    BalasPadam
  2. wahhhhh....
    sdihnya...
    adeh...
    x thu nk slhkn sape...
    maybe ni tkdr yg dah trsurat....

    BalasPadam
  3. kesiannnya zaireen...brtepuk sblh tgn...
    cian gak kat amira...xtau pe2,tp akak dia slhkn dia...
    camni dua2 xdpt pn xpe...tp cian plk kat ank2 dia nti...
    hukhukhuk....

    BalasPadam
  4. kak sofi..takut nk tahu kesudahannya...dlm msa yg sama nak tahu samaada kesudahannya mcm cerita biasa yg lain atau pun lain dari yg lain..

    i'm waiting...

    BalasPadam
  5. perkara sebegini memang berlaku di dlm masyarakat kita. Pernah berlaku dimana seorang adik sanggup berkahwin dgn abang ipar sendiri tanpa memikirkan perasaan kakak. Sedangkan usia abg ipar beliau memang berbeza sangat2. kesian kat kakak dia.

    BalasPadam
  6. sesuai dgn tajuknya........ ..........best!!!!!

    BalasPadam
  7. Sekiranya terjadi sesuatu yg tidak diingini ke atas Reen akan berlakukah ' salin tikar '? Jodoh pertemuan, ajal maut ditentukan Allah. Manusia hanya mampu merancang tp Allah jua yg menentukan.

    BalasPadam
  8. salam...
    seed169, ya mmg kesian
    epy, hmm takdir mmg begitu
    anonymous, sedih ya? nak buat camne?
    ozzy, tunggu k!
    anonymous, ya kl adik jahat mmg cam gitulah akhirnya
    aqilah, thanx
    dayana, betul bagai dikata...

    BalasPadam
  9. ala sian reen.. tp mira tak salah..dia pun baru tau yg syafiq sukakan dia.. harap2 semuanye selamat...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…