Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Aiman memandang wajah temannya tanpa berkelip biji mata. Air muka jelas kelihatan sangat terkejut. Berita yang baru disampaikan adalah sesua...

cinta terlarang 4

By Oktober 29, 2010

Aiman memandang wajah temannya tanpa berkelip biji mata. Air muka jelas kelihatan sangat terkejut. Berita yang baru disampaikan adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka. Terutama bila si tukang cerita ialah Mohd Syafiq, anak Lebai Man, yang merupakan imam besar di Masjid Pinang Tunggal. Sukar hendak percaya. Terlalu sukar!

“Aku tak tahu nak cakap apa dah! Kau betul-betul buat gempaq, Fiq. Sampai otak aku yang geliga ni pun tak tercapai, tak sangka! Hebat woo...!”

Kata-kata Aiman membuat Syafiq rasa tersindir. Rasa pahit lurnya. Rsa tidak sedap di dalam hati.

“Eh, kau dah tak tahu halal haram ke? Betul atau salah? Jatuh cinta dengan adik ipar sendiri yang baru lepas SPM? Adik ipar tu! Yang sah-sah tidak boleh dinikahi selagi kau dengan kakak dia!” Aiman semakin geram dan marah. Dia makin lantang bersuara, “Apa kurangnya Zaireen selepas lebih 5 tahun korang kahwin, hah? Dia tengah mengandung, sarat pulak tu. Lagi sebulan kau nak dapat anak nombor 3. macam mana tetiba boleh minat sangat sampai terguling hendakkan si adik? Ke, ini apa orang kata tu, pembawa/ bawaan budak? Sementara aje, kut? Lepas Zaireen bersalin nanti, sel-sel otak kau tu akan bersambung balik, kan?”

Syafiq tidak bersuara. Dia tidak mahu ditempelak lagi. Kepala otaknya sudah cukup berserabut.

“Oi, aku cakap dengan kau ni!” Aiman rimas bila Syafiq diam. Dia tak suka. Dia hendakkan maklum balas daripada sahabatnya itu.

Syafiq mengeluh. Asyik mengeluh dan mengeluh.

“Kau ingat aku saja-saja hendak mengurat dia ke, Man? Sumpah! Semua ni aku tak rancang, tahu! Sejak dia datang rumah aku tu jadi ceria. Anak-anak aku bebas bergelak ketawa dengan dia. Dia manjakan diorang dan aku suka cara dia.” Perasaan sedikit terluah.

“Habis tu? Selama ni, tandus sangat ke budak-budak tu dengan kasih sayang ibu mereka. Bini kau si Zaireen Diyana tu?” sela Aiman.

Syafiq memandang tepat anak mata Aiman. “Kau pun tahu Zaireen tu, kan. Apa gelaran aku pada dia?”

“Mrs Perfect!”

“Ingat pun kau! Zaireen hendak rumah yang bersih, kemas, tersusun, semuanya mesti ‘in order’. Anak-anak sepahkan barang, dia pasti jerit. Dia pasti marah. Aku selalu berbalah dengan dia tentang anak kami yang tak ada kebebasan bermain di rumah. Tapi, sejak Amira hadir di antara kami, dia manjakan budak-budak tu dlam masa sama dia tegas dengan diorang. Rumah tetap kemas sebab dia ajar mereka bahawa lepas main, memunggah barang-barang mainan, semua disusun dan dikemas balik seperti asal. Perkara-perkara kecil macam ni yang buat aku tersangkut pada Mira. Dia muda, dia anak bongsu tapi dia matang.”

Aiman merenung wajah sahabat baiknya. Dia tahu, pengakuan ini bukan mudah dibuat. Syafiq bukan seorang yang mudah jatuh cinta. Zaireen dan dia berkahwin dulupun setelah Zaireen memerangkap, mengajak Syafiq balik ke rumah dan ayah Zaireen, Encik Marzuki telah meminta Syafiq membawa kaum keluarganya melamar secepat mungkin. Waktu itu Syafiq belum bersedia namun tidak mahu menjatuhkan air muka keluarga Zaireen, dia akur. Mereka berkahwin dan kini, melihat Syafiq yang kebingungan menangani perasaannya, Aiman berasa kasihan. Cinta hadir terlalu lewat dalam hidup sahabatnya ini.

Lalu dia menepuk bahu temannya,

“Lupakan perasaan indah kau ni, Fiq. Tak baik! Berdosa! Kau bakal ada anak baru! Isteri kau mesti kecewa kalau dia tahu. Aku rasa, baik kau hantar adik ipar kau balik ke rumah mak dia. Kau pun bukan tak mampu ambil maid, kan? Ambil maid, Fiq! Berpisahlah dengan dia sebelum perasaan kau jadi semakin parah. Sebelum dia balas cinta kau. Kasihan adik ipar kau tu! Jangan nanti perbuatan kau memutuskan silaturrahim dia dan kakaknya, Fiq! Berdosa kau!”

You Might Also Like

7 comments

  1. btl ckp aiman 2...
    syafiq,dgr ckp aiman 2!
    ank dh nk msuk 3,bleh plk beralih kasih..
    huhuuhuhuhu.....

    BalasPadam
  2. antr je amira g kg blik....
    kcian amira n zaireen nnt...

    BalasPadam
  3. err..perasaan camtu kite xleh nk halang..
    mmg berdosa jatuh cinta ngn adik ipar..
    mgkin jodoh syafiq dgn mira bkn ngn zaireen..

    ~xsabar nk tgu next n3

    BalasPadam
  4. salam...
    anonymous, ya betul tu! lupakan aje...
    epy, mmg kesian
    strawberi comel, cinta mmg buta...
    hana aniz, sofi sokong gak

    BalasPadam
  5. aduiii makin parah si syafiq ni... bahaya..

    BalasPadam
  6. salam miznza.. mmm, ya mmg betul tu

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.