cinta terlarang 1

Amira membelek dari satu gambar ke satu lagi gambar yang terdapat di dalam album gambar-gambar perkahwinan kakak sulungnya, Zaireen. Dia senang melihat senyuman di wajah itu. Manis dan menawan sungguh! Nyata kakaknya sedang berbahagia.

Perlahan-lahan, album itu ditutup. Sepasang mata rasa basah. Sepasang mata sudah digenangi air. Hujan akan menitis tidak lama lagi. Dan, kala ia menitis, desirannya bukan lagi rintik-rintik halus malah air mata itu berjuraian, berguguran laju turun membasahi pipi mulusnya.

“Maafkan Mira, kak Reen! Maafkan Mira!”
...........................

“Masuklah, Mira. Mira suka tak rumah ni?” Zaireen begitu teruja untuk menunjukkan rumah yang baru diduduki kepada adik bongsunya, Amira Diyana.

Mereka baru sampai dari kampung. Sepanjang hujung minggu, Zaireen berusaha memujuk adik kesayangannya untuk mengikut dia, suami dan anak-anak balik ke Putrajaya. Adik yang baru usai menduduki peperiksaan SPM itu mulanya enggan untuk datang bersama. Katanya, dia lebih senang tinggal bersama-sama ibu dan ayah mereka di kampung. Katanya lagi, biarlah dia bekerja di sana kerana ada banyak syarikat-syarikat kecil, di bawah industri kecil dan sederhana yang mempelawa anak muda belasan tahun sepertinya bekerja.

Amira Diyana memerhati sekitaran rumah itu. Besar dan cantik serta luas. Itu impressi pertamanya. Kali pertama dia menjejakkan kaki ke rumah mewah kakaknya yang bekerja sebagai seorang juruhias dalaman, dia berasa kagum. Benarlah kata ibunya, rumah kakaknya ini bagaikan istana. Cantik sungguh binaan yang dibuat berdasarkan hasil kreativiti arkitek, siapa lagi kalau bukan abang iparnya yang kini sedang menguntum senyum kepada mereka.

Mohd Syafiq masih lagi tersenyum apabila Amira dilihatnya begitu teruja memerhati  dekorasi rumahnya. Wajah itu lembut dan asyik menikmati keindahan. Tidak dinafikan, hasil usaha bersama di antara dia dan isteri membentuk keindahan ini. Bukan Amira sahaja yang mengkagumi malah kawan-kawannya juga sukakan apa yang mereka lihat.

“Cantiknya!!” Amira memuji.

“Dia sukalah tu!” Bisik Zaireen kepada suaminya.

Syafiq mengangguk. Wajah ayu milik gadis berusia 17 tahun itu ditatapi. Berbeza daripada isterinya, Amira seorang gadis yang rendah, mungkin dalam 159 cm, kulitnya sedikit gelap, mungkin kerana asyik berbasikal ke sekolah yang sejauh 3 km daripada rumah namun gadis genit ini amat ramah dan mudah mesra. Sejak mengenalinya, Syafiq dapati bahawa Amira Diyana memang suka sangat bercakap. Tentu sekarang emak dan ayah kebosanan di rumah. Tiada lagi suara gemersik itu yang becok untuk didengari. Yang pasti, rumah ini nanti tidaklah sunyi. Tentu Amira akan menceriakan suasana di sini, membuat bising bersama-sama dua orang anak-anaknya, Bazli dan Asilah.

“Maksu, nak tidor. Ilah ngantuk!” tiba-tiba suara anak kecil yang baru berumur 2 tahun itu kedengaran. Amira segera mendapatkan Asilah. Didukungnya si comel dan dia mencium pipi gebu itu.

“Jom, maksu bagi mandi. Lepas tu kita tidur, ya?”

“Maksu, Ali nak ikut!”

Mohd Syafik menjungket kening. Amboi, bukan main manja lagi anak-anaknya dengan maksu mereka? Fikirnya. Dilihat sahaja Amira menghulurkan tangan lalu digenggam oleh Bazli erat. Bazli tua 2 tahun daripada Asilah.

“Ali laparlah, maksu!”

“Aik, tadi kan kita dah singgah makan di Pizza Hut? Lapar lagi?”

Syafiq mendengar Amira bertanya.

“Tadi Ali makan sikitlah!”

“Sikit? Bukan tadi hampir sebelah dia yang makan sorang?” Syafiq bertanya kepada isterinya.

“Syy, dengar maksu dia jawab apa.” Zaireen meletakkan jari telunjuk di bibir.

“Tapi, kan, sayang, sekarang dah lewat malam. Ali boleh makan tapi nanti kalau perut Ali buncit, Ali dah tak encem tau!”

“Boncit macam perut ayah, ya, maksu?” Bazli bertanya polos.

Entah kenapa Amira berasa seperti ingin mengusik abang iparnya. Lalu dengan lantang dia menjawab, “Yalah, sayang. Nanti perut Ali boroi macam perut ayah. Ali hendak jadi macam tu?”

Cepat-cepat anak saudaranya menggeleng.

“Sebab tu, Ali tak boleh makan dah, ya. Biar semua yang Ali makan yng ada dalam perut Ali tu, hadam dan perut Ali boleh tidur sama-sama dengan Ali, okey!”

“Hmm, maksu, perut ayah tu tak tidur sama ayahlah ya?”

Biasalah, kan? Naluri ingin tahu kanak-kanak!

Amira ketawa. “Tak, sayang.. dalam perut ayah ada cacing. Dia korek-korek, gigit-gigit jadi ayah selalu sakit perut. Tak boleh tidur.” Balasnya.

Tawa Zaireen lepas apabila mendengar celoteh adiknya sementara Syafiq menjadi geram. Adakah kacak bergaya macam aku ni dikatanya boroi?

Budak Amira ni memang nak kena!

Ulasan

  1. hahahahha bertuah punye adik ipar...awal2 lagi dah buat abg ipar terkena.... best2.. sambung lagi kak...

    BalasPadam
  2. mnrik.....
    slama ni slalu bca crta cnta....
    x sbr nak thu crta ni....

    BalasPadam
  3. best2....
    tp d pgakhirnnya...
    hrp2 amira bkn dgn syafiq...
    huhuhu....

    BalasPadam
  4. berharap kesudahan yg best, baik, bahagia +romantik utk amira. huuu..

    BalasPadam
  5. best...best...best

    BalasPadam
  6. hehehe
    awl2 lg dah tergelak...
    best2..

    BalasPadam
  7. salam......
    miznza, nakal kan amira?
    epy, ikuti setiap bab ya,
    anonymous, oh? x suka?
    hana aniz, sama je harapan kita,
    seed169, thank you
    anonymous, gelak ya? hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

Yang Terakhir: Versi Cerpen

Inikah Cinta? : Versi Cerpen