Langkau ke kandungan utama

cinta monyet

kamus dewan tulis.... cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. cinta zaman sekolah yang jarang kekal seperti cinta si cinderella, snow white iaitu .... happily ever after. hehe...

bagaimana di usia yang masih mentah, pasangan boleh jatuh cinta? 

aku teringat anak murid aku, F dan A. memang rapat, memang mesra masa di sekolah dulu. memang pasangan yang bercinta macam nak rak namun persekolahan dan pencapaian mereka dlm pelajaran cukup bagus. hebat! aku fikir, mereka akan kekal bersama dan berkahwin setelah tamat belajar namun, kecundang di tengah jalan juga sudahnya. putus!

kawan baik aku dulu, bercinta masa di sekolah rendah. siap bagi2 surat lagi. tapi bila ke sekolah menengah, putus. terlerai kasih. masing-masing saling melupakan sehinggalah mereka ditakdirkan bertemu semula di tahun akhir pengajian di upm. tahu apa jadi? mereka bercinta semula. dan kini sudah menimang cucu pun, hehe....

aku sentuh soal cinta monyet ini kerana aku perhatikan sudah menjadi trend di sekolah sebaik habis peperiksaan pmr baru2 ni....

wah pasangan bercinta tumbuh macam cendawan busut kena rintik hujan. sana kapel, sini kapel.. ewah, ewah... syoknyerr ya? cikgu lalu pun buat dekkk aje, punyalah khusyuk berbual dan mendengar. tak ingat dunia langsung! 

entahlah... aku harap, pesananku selalu mereka ingat. cinta2 jugak, agama pegang kuat2. yang haram tetap haram. 

aku harap sangat agar mereka faham.

indah ke cinta? eleh...



Ulasan

  1. Salam...

    Cinta monyet , cinta hingusan, cinta kilat, cinta short term , suka suki mudah beraleh arah sana sini tukar pasangan. Bahaya, pd anak2 remaja jgn berdua2an cos syaitan itu tersembunyi terselit diantara kamu utk terjunam ke dlm maksiat. Jauhi zina.

    BalasPadam
  2. kita org dewasa kena main peranan juga..jgn tengok aje.. tegur kl perlu!

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…