Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

sejak azali, manusia lelaki dan perempuan terjatuh cinta. mcm2 jenis cinta pun ada. ada cinta pandang pertama, ada cinta monyet, ada cinta s...

115. cinta di alam maya. menarik, kan?

By Oktober 08, 2010

sejak azali, manusia lelaki dan perempuan terjatuh cinta. mcm2 jenis cinta pun ada. ada cinta pandang pertama, ada cinta monyet, ada cinta sahabat, cintaku satu pun ada...ewah, tersasul pula...
hari ini sofi nak bicara tentng cinta di alam maya. pertemuan tanpa bercakap di mulut tetapi berbisik di dalam hati yang terluah melalui bait2 yg ditaip pada keyboard computer. hmm..trendy, kan?
ada dua insan terkenal jatuh cinta di alam maya dan terus kahwin. yg sorang ni mendalami pasangannya di google talk.  bacalah keindahan cinta mereka yg kini sudah bergelar suami isteri....


Bermula dengan perkenalan sebagai seorang rakan biasa yang jarang bertegur sapa dua tahun lalu, ikatan antara Redza dan Dia Fadila mula terjalin pada November tahun lalu dan diikuti dengan pertunangan antara mereka pada bulan Mac.
Menurut Dia, dia dan Redza mencapai kata sepakat untuk tidak mahu mengambil masa yang panjang dalam tempoh bertunang dan membuat keputusan untuk bernikah pada Jumaat 1 Oktober itu.
Katanya, memandangkan sepanjang tempoh perkenalan dua tahun yang lalu mereka jarang berbicara, proses mengenal hati budi dengan lebih terperinci ketika waktu mereka bertunang.
“Sepanjang dua tahun perkenalan dulu kami hanya sekadar bertegur dan bertanya tentang kerjaya masing-masing sahaja.
“Hubungan kami mula rapat sejak bulan November lalu selepas Redza mula ‘menegur’ saya melalui Google Talk,” ucapnya ketika ditemui selepas majlis pernikahan itu.
Tambah Dia, sebelum itu dia sering menganggap Redza seorang yang sombong, begitu juga sifat Dia di mata Redza.
“Selepas Redza menegur saya di Google Talk kami berjumpa. Redza ini jenis yang suka bercakap dan dari situ hubungan kami menjadi lebih erat,” ujarnya.
kisah ke 2
KL 7 OKT 10: PERNIKAHAN kali ketiga penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu, Aishah, kali ini bersama duda anak enam Faizal Sazali Zulkifli, 44, pada 30 April lalu banyak menimbulkan tanda tanya berikutan pernikahan tersebut dilakukan di sempadan Thailand dan bebas daripada pengetahuan umum.Demikiian Laporan Kosmos! Online hari ini.


Tambah Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 45, meskipun pernikahannya kelihatan dilakukan secara tergesa-gesa kerana perkenalan selama seminggu di dunia maya menerusi laman sesawangwww.muslimah.com itu telah membawa dirinya ke jenjang pelamin, itu bukan bermakna dia menyembunyikan sesuatu.
“Selain waktu yang sesuai, kami bernikah segera di sempadan kerana untuk mengelak fitnah dan suami saya ketika itu masih belum dapat surat cerai. Kalau saya ingin buat di sini dan buat sebuah majlis perkahwinan walaupun secara kecil-kecilan ia tetap mengambil masa yang panjang untuk persediaan,” tuturnya.
................................
sofi doakan kalian berbahagia. kpd yg suka chatting tuuu...hmm, kl ada jodoh, tentu bertemu juga di sana nanti cuma berhati2lah! sekarang ni..banyak 'jaws' tau! nanti kena 'ngap'!

You Might Also Like

2 comments

  1. apa pun bentuk cinta itu lahir..yang penting kita ikutlah saranan yang telah ditetapkan oleh Islam...

    x salah jika memperolehi cinta di alam maya...yang penting kita berhati2...bukan hanya terus memberi sahaja

    BalasPadam
  2. salam seed169, sofi sokong 100%

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.