Follow Us @soratemplates

31.10.10

chinta fasha

ari tu ada masuk pos ttg citer chinta, kan. malangnya, entah camne, aku terdelete post tu, huhu!
hari ini ingat nak soseh sikit sbb kebetulan ada kisah fasha di kosmo. ty kosmo, ya!
tentang chinta...
betul banyak yg bencikan dia dalam cerita tu. fasha kata...
“Watak Chinta datang pada ketika dan usia saya yang tepat, pengalaman terdahulu juga antara yang mematangkan lakonan saya dalam drama itu. Ia bukan kisah pelacur tetapi bagaimana seorang gadis baik bertukar menjadi pendendam kepada lelaki lebih besar lagi kepada Tuhan kerana kecewa dengan takdir. Chinta satu watak berat dan ramai menyatakan Chinta sebuah karya yang sukar dijangka,” meladeni Chinta juga katanya, menjadi bekal untuk dijadikan sempadan dan teladan.
“Saya gelar Chinta sebagai pelacur kelas atasan dan dia melacur bukan kerana duit tetapi untuk keseronokan, mengisi sepi dan dendamnya kepada Tuhan. Terlalu besar dan banyak ilmu yang saya kutip daripada Chinta, apa yang patut dan apa yang terlarang. Jika yang terlarang juga yang dipilih, ada pula akibatnya,” walaupun sebuah cereka, Fasha menembus realiti hidup daripada naskhah arahan Feroz Khan itu.

mesej mmg ada citer chinta ni... tetapi kalau dikurangkan adegan yg bertentangan dgn syarak, rasanya ia  mampu diangkat sbg suatu drama berat yg mampu terkesan di hati masyarakat. sekarang ni, orang tutup mata pada kebaikan drama ini kerana banyak sangat yg tidak patut, menjadi paparan. pengarah, sebagai seorang islam berperanan memilih scene yang sesuai. adegan di atas katil apatah lagi di antara pasangan yang tidak berkahwin, boleh digantikan dengan adegan di ruang tamu ke, sambil duduk, arghh hendak seribu daya....jangan mencari alasan.
kupaslah sensitiviti masyarakat sebelum membikin drama. 
lakonan dan pilihan pelakon semua dah tip-top, bersahaja berdialog yg memang susah nak dijumpa dlm drama yang lain, cuma itulah.... 
aku? aku tak pernah miss sbb aku rasa citer ni lain dr yg lain. aku nak tengok apa jadi pd orang yg kufur spt chinta. kata orang, pintu taubat sentiasa terbuka...jadi aku menunggu chinta kembali ke pangkal jalan.
gambar ehsan drpd: nurizspace.blogspot.com, ezam-safie.blogspot.com

4 ulasan:

  1. tak pernah tengok pon cerita ni..

    apatah lg pasha yg berlakon huhu

    BalasPadam
  2. sy jz xpenah miss tgk ct nih..
    btol2..skg nih, msih trnanti2 bile la c chinta nih nk brtobat...

    BalasPadam
  3. @$ha
    kak sofi tgk bukan sbb fasha tp sukakan lakonan bershj pelakon2 lain hehe

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.