Langkau ke kandungan utama

104. cemburu

anda ni seorang yg cemburu tak? sofi? cemburu jugak kut, hehe... dulu, masa muda2, kl suami sedikit nakal menjeling kereta di sebelah yang dipandu oleh seorang wanita, tak kiralah cantik atau tidak, berasap jugalah kepala, huhu! pelik, kan? bila difikirkan, nak tergelakpun ada. cemburu tahap gaban, ek? adus! sekarang? eh, cemburu gak lagi. yalah, hak kita kena pertahankanlah, kan? 
apakah cemburu? mengapa cemburu?



cemburu adalah sifat semula jadi. Dalam konteks perkahwinan, cemburu hadir kerana kita berasa kita mempunyai hak ke atas pasangan. Itu yang menyebabkan isteri atau suami merasakan dia perlu mengambil tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya. Apabila perkara yang menjadi syak itu benar-benar terjadi, perasaan itu akan menjadi lebih sukar. Akibatnya, dek kerana berasa tidak selamat dan takut kehilangan pasangan, isteri atau suami akan lebih was-was dan mudah cemburu dengan perbuatan pasangannya. 
cemburu tanda sayang? Ya, jika ia cemburu yang positif yang boleh melahirkan persaingan yang sihat. Sebaliknya, jika cemburu tidak bertempat, sudah pasti ia akan mencengkam hubungan suami isteri serta keluarga kedua-dua belah pihak.
cemburu mewujudkan sifat / sikap mengongkong, meninggikan suara dan saling menuduh. Kesannya nanti, hubungan suami isteri mulai retak, anak-anak keliru dan pasti wujud pihak lain yang saling menyebelahi hingga menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar.
Kerana itu, cemburu bukan isu remeh dalam kehidupan berumah tangga, malah gara-gara cemburu, perbalahan suami isteri boleh membawa musibah jika dibiarkan berlarutan. Sungguhpun begitu, sifat cemburu memang perlu dalam setiap perhubungan.
Sebagai pasangan, kita masih perlu ambil tahu apa yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan dengan siapa mereka berjumpa. Tidak salah jika kita bertanya dengan baik, bukan dengan nada yang penuh curiga. Sering ungkapan kata manis dan kata sayang supaya pasangan sedar tentang tanggungjawab terhadap keluarga dan menjaga batasan pergaulan. Ada cara lain yang lebih romantik dan manis untuk menunjukkan kasih sayang antara suami isteri. Untuk membuktikan cinta dan sayang, ia perlu dilakukan dengan indah, cemburu hanya menyakitkan.
SIFAT cemburu yang melampau sering dikaitkan sebagai punca perbalahan antara suami dan isteri. Malah, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), cemburu merupakan antara 39% dpd faktor perceraian membabitkan pasangan beragama Islam di negara ini. Dalam kebanyakan kes, penangan cemburu bukan sahaja mencambah perasaan syak wasangka bahkan turut mengikis rasa percaya antara satu sama lain.
Bermula dengan syak dan cemburu di tahap sederhana, keadaan itu boleh berubah menjadi cemburu melampau apabila sentiasa menganggap pasangan curang berdasarkan pelakuan, cara berkomunikasi atau rutin harian yang dirasakan telah berubah. Pada tahap ekstrem, individu yang tidak bijak mengawal perasaan boleh mendapat cemburu morbid iaitu individu tersebut sepanjang masa percaya pasangannya curang. Jika tidak diberi bantuan kaunseling, keadaan akan menjadi lebih teruk sehingga menimbulkan pergaduhan, penderaan fizikal serta mental malah boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga dan pembunuhan.
......
so, kurangkanlah tahap kecemburuan anda okey...

Ulasan

  1. cemburu...
    sshkn nk elok..
    sumtimme its just happen

    BalasPadam
  2. salam, betul tu..
    cemburu tandanya sayang

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…