Langkau ke kandungan utama

123, cantiknya, pandainya menghias..

Mereka bergaya ketika bekerja. mereka berperwatakan menarik. penampilan tentunya hebat. namun bukan itu yg ingin ku serlahkan.
aku tertarik pada artikel yg kubaca ini. ttg 2 org pramugara yg tinggal serumah. tu, knp berkerut dahi tu? isy, isy, dah mula fikir yg bukan2 ya? hehe... you all ni...
cantik tak gambar tu? kawan2 inilah yg aku nak share ngan korang terutama ank2 dara yg sedikit malas hmm..nak tahu? tu ialah gambar kamar yg terdpt di rumah dua org pramugara. aku dpt artikel ni dr kosmo.


CAHAYA mentari yang menerobos masuk menerusi jendela dan langsir material organza di ruang tamu rumah kondo itu mewujudkan suasana cerah dan segar. Walaupun dinding ruang tamu berwarna agak gelap iaitu ungu pekat dan coklat, ia tidak sedikit pun membuat diri rasa berada di ruang yang kelam dan sempit. Rumah yang dihias dengan sentuhan ala resort itu memang menenangkan. Tata riasnya ringkas dan kemas namun masih ada cita rasa kemewahan. Permainan warna-warna semula jadi seperti coklat, putih, hitam dan kelabu mencerminkan keperibadian penghuninya yang gemarkan kedamaian.

Terletak di lot tengah tingkat lima kondominium nyata tidak sesekali membataskan kreativiti pemiliknya.
“Memang sejak memiliki rumah ini kira-kira tiga tahun lalu, kami merancang untuk membuat rekaan dalaman rumah yang sebegini. kami mahu menjadikan rumah kami seperti resort Bali yang menenangkan,” kata pemiliknya, Mohd. Rashdan Mat Dol, 29, yang merupakan seorang pramugara kepada Jurnal ketika ditemui di kediamannya di Damansara Damai, Selangor.
Rashdan mendiami rumah itu bersama seorang lagi rakannya, Hanorudin Borhan, 32, yang juga pramugara.
“Kerjaya kami memerlukan kami keluar selama berhari-hari. Jadi, apabila balik, kami mahukan suasana yang menenangkan di rumah. Tambahan pula, semasa bertugas kami biasanya akan duduk di hotel atau resort di negara-negara persinggahan, jadi kami mahu suasana seperti itu dikekalkan apabila kami berada di rumah,” kata Rashdan yang berpendidikan jurusan pengurusan perhotelan.
Menjadi pramugara juga memberikan mereka sedikit kelebihan untuk menata rias kediaman dengan aksesori dari negara asing. Misalnya, sebuah jam unik yang diletakkan di pembahagi ruang tamu dan ruang makan diperoleh dari India, lukisan dari Indonesia, sarung kusyen sutera dari China, cadar dari Britain, pasu keemasan dari Australia dan lampu candeliar dari Mesir. Itu belum lagi item wajib seperti gelas cenderahati dan magnet peti sejuk yang dibeli di negara-negara yang disinggahi mereka.
“Bila ada masa terluang di sana kami ada jugalah beli barang untuk hiasan rumah. Tetapi kebanyakannya hanya aksesori,” kata Rashdan yang sudah lapan tahun berkhidmat sebagai pramugara di Penerbangan Malaysia (MAS).
Ditanya mengenai konsep hiasan yang diterapkan, Rashdan berkata, mereka sukakan konsep resort Bali dengan pengaruh moden.
“Tetapi kami rasa konsep Bali kami Bali glam (glamor) kot. Konsep Bali mana ada candeliar,” ujarnya berseloroh. "Selain Bali, kami juga memilih konsep rekaan terbuka. Fabrik organza pada langsir kami yang telus pandang dan cahaya menggalakkan kemasukan cahaya ke dalam rumah. Kalau saya gunakan material lain yang tidak telus cahaya untuk langsir, saya rasa rumah saya jadi gelap dan mati,” katanya.
Berkenaan penggunaan lampu, Rashdan berkata, mereka sukakan lampu kuning atau warm light. Ini kerana lampu kuning dapat mencetuskan efek pandangan yang lebih menarik.
“Saya memang gemarkan material yang berkilat. Dan kilauannya akan lebih naik dengan cahaya lampu kuning berbanding cahaya putih,” katanya.
Di ruang tamu juga terdapat lampu-lampu tersembunyi di siling yang direka khas sekali gus memperlihatkan kreativiti mereka dalam permainan cahaya. Ruang makan didominasi warna coklat dengan perabot kerusi makan rekaan tempatan. Dapurnya juga kemas dan sedap mata memandang dengan gabungan putih dan coklat. Meniti tangga ke tingkat dua, dinding-dindingnya dihias dengan bingkai-bingkai gambar penghuni rumah yang dicetak hitam putih.
Ia bagai meneruskan kesinambungan warna-warna semula jadi yang menjadi asas dalam tata hias rumah.
Bilik Rashdan turut kelihatan menarik dengan hiasan ala resort.
Katil dengan cadar dan kusyen aneka gaya serba ungu nampak mempesona. Ia lengkap diserikan dengan kelambu putih.
...................................
kagum tak? aku memang kagum. tapi...org lelaki mcm ni...cerewet tak? 

Ulasan

  1. pergh....cantik tu umah diaa....tapi kalau dia dah kawin...anak berderet2...macam mana lah wife dia nak mengekalkan kedudukan barang2 kaca segala bagai tu erk...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…