Langkau ke kandungan utama

131. cantik aje x cukup...

anda suka rancangan nona tak? suka tengok? rancangan org perempuan beb, ttg body, majlis kahwin, fesyen..
dulu2 rcgn ni femes. aku suka gak. masa normala shamsudin jd pengacara dia. sekarang? tgk kejap lps tu arghh, boringlah!
ni artikel dr utusan online:


SEWAKTU TV3 mengumumkan pemilihan Maya Karin sebagai hos baru program wanita popularnya, Nona tahun lalu, ramai yang melihatnya sebagai perkembangan yang positif.
Manakan tidak. Maya memiliki segala-galanya yang mampu menarik perhatian audiens untuk terus setia bersama Nona yang sudah suku abad bersiaran itu.
Pastinya, TV3 mempunyai sebab tersendiri memilih Maya yang cukup terkenal dengan kecantikan dan kebijaksanaannya itu dalam mengemudikan Nona yang pernah mempopularkan nama-nama hebat seperti Datin Seri Normala Shamsuddin, Nurfarahin Jamsari, Azizah Ariffin dan Datin Norjuma Habib.
Selepas hampir setahun Maya mengemudikan rancangan itu, maklum balas yang diterima adalah pelbagai. Sudah menjadi adat resam dunia hiburan, ada yang suka dan ada yang tidak.
Rata-rata maklum balas yang diterima kebanyakannya merasakan Maya tidak mampu menarik perhatian minat mereka untuk terus menonton Nona seperti mana musim-musim terdahulu. Sehingga ada desas-desus mengatakan rating Nona tidak lagi sehebat dulu apabila ia hanya sekadar mencatatkan jumlah penonton sekitar 1 hingga 1.2 juta setiap minggu sahaja. Pelbagai reaksi yang diterima tentang gaya penyampaian Maya yang pada hemat mereka kelihatan kekok dan begitu canggung sekali jika hendak dibandingkan dengan penyampai terdahulu.

Mengulas perihal ini, Penerbit Eksekutif NonaHartina Ayu Harun tidak menafikan mereka menerima banyak respons daripada penonton setia Nona tentang Maya. Bagi Hartina Ayu, ia adalah perkara normal untuk mana-mana program yang cuba menampilkan kelainan dan pembaharuan dalam usaha mereka menarik perhatian penonton. Memang pada asalnya, kata Hartina Ayu, pemilihan Maya sebagai hos Nona adalah untuk memikat golongan urban di samping pengikut setia program wanita unggul itu.

"Adalah tidak wajar untuk menyalahkan Maya sebagai punca rating Nona tidak sehebat ketika Normala atau Nurfarahin mengendalikannya dulu. Kami di TV3 harus akui persaingan kini semakin sengit dan penonton pun mempunyai seleksi untuk memilih rancangan kegemaran mereka. Jika diperhatikan, dalam tempoh satu jam Nona disiarkan iaitu dari pukul 2 hingga 3 petang itu, stesen lain menayangkan program dari pelbagai genre yang pastinya memberikan saingan sengit kepada Nona. Seperti yang saya katakan tadi, penonton kini mempunyai pilihan untuk menonton rancangan yang mereka suka. Tetapi, apa yang pasti, Nona tetap mempunyai penontonnya sendiri," jelas Hartina Ayu penuh optimis. Dia berkata demikian pada majlis rumah terbuka Wanita Hari Ini dan Nona yang telah diadakan di Restoran Istana Bambu, Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini.

bagi akulah, bukan saja pengacara perlu ditukar malah gaya persembahan itupun tukarlah. semuanya utk org2 kaya je? percayalah, org kaya x tgk tv3. tv3 ni rcgn tv tontonan golongan marhain dan sederhana. tariklah semula minat kami utk menontonnya..

cheerio.

Ulasan

  1. betul tu...

    sekarang ni rancangan nona banyak menceritakan tentang orang2 kaya...x macam zaman Datin Normala dan pengacara sebelumnya banyak menengahkan cerita tentang kehidupan sederhana...

    terutama untuk segmen perkahwinan...kebanyakan memaparkan perkahwinan tentang anak2 VIP dan orang2 kaya je....

    bila dilihat sekarang ni, NONA sesuai untuk tontonan untuk orang yang kaya-kaya je...

    hehehe....

    BalasPadam
  2. hehe..seed169, ingat sofi sorg perasan yg rcgn tu utk org kekaya jek...
    x pe lps ni penerbit dia akan peka kut!

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…