Langkau ke kandungan utama

bila patah hati

TELANJUR sangat cinta dan sayang, seorang pasti akan merasa patah hati dan kecewa berpanjangan bila mengalami putus cinta. Bahkan tak sedikit pula yang akhirnya berfikiran sempit dan memilih untuk mengakhiri hidupnya. Padahal dunia yang lebih indah mungkin bisa dicapai dengan bersabar dan terus berusaha.

tapi cuba anda selami kata-kata di bawah:
“Cinta, tak hanya kala dia berada di sampingku, tapi ketika dia juga berusaha meninggalkanku untuk meraih kehidupan yang lebih baik. Berkata jangan berpisah tentu sangat sulit, akan tetapi berkata selamat meniti kebahagiaan yang lebih baik, akan jadi satu hal yang sangat indah.”

ya, memang untuk mengucapkan selamat tinggal, payah! tetapi, ucapkan padanya semoga berbahagia meniti hari-hari depan, mungkin dapat mengurangkan rasa patah hati itu.

dan setelah dia pergi, cubalah.....

1. Lupakan segala sesuatu tentang dia. jangan berhubung dah, dan jangan biarkan sesuatu tentangnya hinggap dalam fikiran anda. tapi janganlah membenci, persahabatan dan silaturrahim harus dikekalkan supaya nanti bila suatu saat anda dan dia ditkdirkan bertemu secara tidak sengaja, anda tidak perlu menghindar. 

2. pulangkan pemberiannya kepada anda untuk menghapus kenangan terhadap dia.

3. perbanyakkan aktiviti sosial, kesibukan yang dapat membantu dan meringankan beban orang lain. Menolong orang lain mendatangkan perasaan tentram dalam jiwa anda. Banyak cara untuk melakukan hal itu, salah satunya dengan menjadi sukarelawan Mercy?


4. tanya diri anda mengapa hubungan anda dan dia gagal. catatkan dalam diari. kalau dia yang salah, maki aje, bukan dia tahupun apa yang anda tulis. Menumpahkan semua fikiran yang ada di kepala ke dalam suatu tulisan dapat meringankan beban anda. bila suatu saat nanti ketika anda membuka kembali catatan itu, jangan kaget! mungkin dari situ nanti anda akan temui jalan ke hal-hal yang baru dan dapat lebih memahami kecenderungan yang ada pada diri anda sendiri. Sehingga di kemudian hari anda sudah punya gambaran tentang hubungan baru yang anda inginkan.

5. Bila perasaan kesepian menghampiri anda, kunjungilah sahabat atau keluarga terdekat dan lakukan hal-hal yang menyenangkan.


6. Sediakan waktu untuk anda memanjakan diri sendiri. pergilah ke tempat-tempat yang dapat membuat anda rileks dan santai, seperti salon, spa, sauna, lulur atau bahkan menonton filem.

7. Bila rasa sakit sudah begitu meluap, carilah saluran yang positif untuk melepaskannya seperti berolahraga, bermain video game.

8. kalau ada hobi, buat ia semula atau carilah kegemaran baru.

9. Bacalah buku, majalah atau tengok tv / movie yang dapat menggugah inspirasi anda (jangan tengok cerita cinta yang frust pulak!)

10. susah2, bel kucing dan manjakan kucing itu. dia sudah tentu setia! hehe

tthanx tuan punya blog bila patah hati, doktor cinta dan tuan2 punya gambar (ariffsyah.com) antaranya.

Ulasan

  1. satu tips yang baik

    BalasPadam
  2. betul kata seed169..

    hidup mesti terus!!...

    BalasPadam
  3. salam seed169, ozzy, ya hidup mesti diteruskan

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…