apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

12.10.10

127. bila muka dan buku bergabung, hehe..

salam. anda ada akaun facebook? dah agak dah..mesti ada punya, kan. mmm, la ni nak habaq mai pd hangpa sume ttg fb. yg ni mesti cerita sbb ada en justin timberlake, baca, k!

LOS ANGELES - Filem Social Network mengenai penubuhan rangkaian sosial Facebook menduduki carta pertama dalam senarai Amerika Utara untuk minggu kedua berturut-turut. Filem arahan David Fincher itu mengisahkan pertembungan personaliti dan perbalahan antara pengasas-pengasas laman tersebut.
Filem itu mendapat kutipan AS$15.5 juta (RM48.08 juta) untuk kekal di tempat teratas untuk minggu kedua berturut-turut pada Ahad lalu. Anggaran kutipan itu dikeluarkan oleh Sony. Filem itu mendapat kutipan AS$46.1 juta (RM143.02 juta) selama 10 hari tayangan.
apa dia fb? mengapa fb? aku? dulu x tau langsung bab fb ni. tgk ank2 dok tulis kat wall, ish..nyampes. sampai skrg pun aku bukanlah peminat tegar facebook. bg aku, it is too open. u all pulak camner? tp rupa2nya skrg ni..fb meletup2. tu pasai kempen suruh boikot fb ni gagal kut? 
mungkin ada yg tanya. meletup? knp? owh, ada dibuat perbandingan antara fb ngan muzik, mn lebih popular. dan buat pertama kali dlm sejarah, muzik kureng popular berbanding fb. tu dia, ya..
SYDNEY - Muzik bukan lagi kaedah ekspresi diri dan menajdi pilihan utama golongan muda kerana mereka kini lebih gemar menggunakan laman sosial seperti Facebook, menurut satu kaji selidik di Australia yang didedahkan semalam.
Semasa ditanya mengenai pengenalan diri terhadap sejumlah golongan muda, jawapan paling popular yang diterima ialah rakan-rakan yang merujuk sahabat di dalam talian. Jawapan itu meminggirkan muzik buat kali pertama sebagai pilihan utama golongan muda. Penemuan itu diperoleh menerusi Kaji Selidik Pasaran Bandar.
"Hasil kajian kali ini agak memeranjatkan," kata Ketua eksekutif firma media LifeLounge Group, Dion Appel yang menaja kaji selidik tersebut. Ia melibatkan lebih 1,750 warga Australia berusia 16 tahun hingga 30 tahun. Katanya, Facebook merupakan laman web nombor satu yang dilawati oleh semua responden dengan 47 peratus mengakui mereka menghabiskan masa lima jam atau lebih pada setiap minggu di laman sosial berkenaan. - AFP
........................
aku nk cari kwn lama ms di sm teknik alor setar dulu la.....

3 ulasan:

  1. FB saya cuma sekadar mengumpul sahabat-sabahat...lama dan dtempat kerja

    BalasPadam
  2. Saya pun sama...FB mengumpulkan semua sahabat2 lama saya dari sekolah rendah hinggalah ke saat ini...

    BalasPadam
  3. salam..
    bayu kenangan..ada guna jugak fb tu ya..ingatkan nk conteng dinding je, hehe

    seed169,
    mmm, mesti ramai kawan ya? sofi pun ramai gak tp x larat nk bls semuanyer hehe

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.