Langkau ke kandungan utama

110. bertudung; tutup atau litup, hmm

Ramai gadis, isteri, makcik, opah di zaman ini yang memakai tudung. tudung pula ada berbagai rupa. kini semuanya semakin elegan. canggih. menawan. 


dibawah, tulisannya ialah petikan drpd utusan online. 



PERMINTAAN pelanggan terhadap tudung eksklusif bagi dipadankan dengan baju yang dibeli membuka ruang kepada Hayati Muslim, pemilik Butik T & T untuk menghasilkan tudung sedemikian.
Menurutnya, ramai pelanggan yang menyatakan sukar untuk mencari tudung yang cantik dan sepadan dengan baju yang dibeli di butiknya. Kata mereka, baju yang elegan dan eksklusif haruslah dipadankan dengan tudung yang eksklusif juga.
Walaupun telah memulakan perniagaan butik pakaian sejak 13 tahun lalu namun perniagaan tudung baru sahaja dimulakan oleh Hayati pada tahun ini. Ini katanya, pada mulanya dia mahu menumpukan pada rekaan fesyen sahaja.

Namun kerana ramai yang meminta dan menaruh kepercayaan pada ilhamnya dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang mudah menarik perhatian pelanggan, Hayati memberanikan diri untuk menghasilkan tudung.
Tudung pasang siap atau tudung ‘segera’ menjadi pilihan ramai pelanggan. Namun keistimewaan tudung T & T ialah dibuat daripada fabrik bermutu seperti lycra dan syifon dan ditambah dengan jahitan manik kecil dan kristal tiruan dengan corak menarik pada bahagian tepi tudung.
Tudung manik bercorak eksklusif ini amat sesuai untuk dipakai pada majlis istimewa seperti ke majlis perkahwinan, makan malam, ke istana dan sebagainya.
Selain itu, tudung seperti ini juga cantik jika digayakan oleh golongan wanita VIP, pengantin atau si gadis yang akan mengikat tali pertunangan.
Pilihan tudung lain seperti selendang syifon, tudung Siti yang sarat dengan jahitan manik atau tudung bawal bersulam dan dijahit dengan kristal.
.............................
tu diaaa... banyak gambaq perempuan bertudung, no! boleh tanya sikit?
yang mana satukah yang menjadi suruhan Quran dan hadis?
fikirkanlah!

Ulasan

  1. hahaaha..
    skunk btudung dh ikut trend
    sumtime niat pun dah lain
    bkn lg utk mnutup aurat

    BalasPadam
  2. salam itu aku...niat dan nawaitu kena betul, kan? malanglah kl pakai tudung utk tujuan lain selain menutup aurat, kan?

    BalasPadam
  3. salam...

    walauapapun jua fesyen tudung masa kini...janganlah kita sampai melupai tujuan asal Allah menyuruh wanita islam bertudung...

    x salah jika ingin berfesyen...jika kita mengikut syariat yang telah ditentukan oleh agama...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…