apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

28.10.10

A + B = AB. betul ke?

kalau anda belajar matematik, anda tentu tahu bahawa A + B tidak sama dgn AB. tapi cikgu maths ni bukan bercakap ttg matematik. aku ingin menyentuh soal keluarga.

dulu masa aku kecik, aku suka tengok cerita the brady bunch. kisah seorang janda kahwin duda dan anak2 hasil perkahwinan terdahulu duduk bersama, serumah. Ini menyebabkan anak2 terpaksa menyesuaikan diri masing2 .Dalam proses mengenali hati budi masing-masing, mcm2 perkara terjadi. berkelahi, berebut barang tuduh menuduh...yalah bukan senang hendak tahu isi hati dan budi pekerti orang2 yg sebelumnya tidak dikenali.

kadar peningkatan perceraian di malaysia hari ini sedang meningkat. oleh krn janda muda ini akan mudah juga bertemu dgn duda muda, putik2 bunga kasih baru akan menguntum. bila kata sepakat dicapai, maka perkahwinan baru bagi kedua2nya akan berlangsung. dua famili akan bergabung. kalau berjaya ibu dan ayah ini mengenali hati anak2 isteri dengan bekas suaminya begitu juga sebaliknya, baguslah! bgmana sekiranya dpt anak2 yg bencikan ibu bapa tiri dan anak2 nya? payah!

so ibu2 dan bapak2...sebelum anda membina sebuah keluarga gabungan, dengarlah nasihat aku ini... cewah!
belajar menyayangi anak2 tirimu sebagaimana engkau menyayangi anak2 mu sendiri.
terima kasih....

gambar: markymunster.com, mommymominator.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.