Follow Us @soratemplates

13.10.10

132. antara isteri dan ibu...

lagi kisah masyarakat di celah-celah kehidupan kita. kali ini ttg luahan rasa seorang adik perempuan. baca ya..
''Saya mempunyai dua orang abang, tetapi yang sulung bersikap lepas tangan untuk menjaga emak kami yang sakit. Kami empat beradik semuanya, saya anak ketiga, dan seorang adik perempuan. Dua abang saya telah berkahwin dan berkeluarga. Abang sulung menunjukkan sikap yang amat mengecewakan saya. Hidupnya senang lenang dengan bantuan ayah semasa hayatnya, tetapi kemewahan yang dikecapinya menjadikan dia seperti kacang lupakan kulit.


''Sebelum emak jatuh sakit, emak tinggal sendirian, tak jauh dari rumah saya dan abang di utara tanah air. Kata emak, kami dah berkeluarga binalah keluarga sendiri. Abang kedua tinggal di KL, adik baru sahaja berkahwin, dulu masih belajar di kolej di KL.
''Bila emak diserang strok, saya ambil dia tinggal bersama saya. 5 tahun lamanya saya jaga emak sendirian. Abang sulung langsung tak membantu, malah menjenguk emak pun boleh dikira dengan jari. Nak jadikan cerita dua tahun lalu saya terpaksa mengikut suami bertugas jauh. Nak bawak emak, dia sakit. Jadi saya terpaksa tinggalkan dengan abang sulung. 

''Selama itulah emak dilayan macam peminta sedekah yang hina dan kotor. Setelah suami saya berjaya dapat bertukar kembali ke Semenanjung, maka abang tidak sabar-sabar menghantar emak kembali ke rumah saya dengan alasan dia sudah tidak tahan lagi kerana perangai emak. Degil, katanya. apatah lagi isterinya juga tidak boleh tahan lagi melihat keadaan emak yang dikata pengotor.
''Kata abang, emak degil, tidak mahu pakai lampin pakai buang itulah sebabnya lantai rumahnya, kerusi, kain emak berbau hancing. isterinya pulak cakap, saudara maranya tak mahu lagi datang ke rumahnya kerana tak tahan bau emak.

Hmm, tu dia anak-anak zaman sekarang. emak boleh bela walau sepuluh adanya mereka. mereka? nak jaga satu emak pun merungut, sebal, mengumpat, ikut cakap bini..aduh! baca lagi...sambung!

''Adatlah orang dapat strok begitulah keadaannya, kita sebagai anak kena sabar. Dulu semasa saya jaga emak saya ambil pembantu, jadi bolehlah dia membantu saya menguruskan keperluan ibu kerana saya pun bekerja. Dan saya tanggung semua perbelanjaan mengambil pembantu termasuk membayar gaji bulanannya. Untuk memudahkan diri apalah salahnya abang ambil pembantu juga? Kerana dia mampu! Tetapi kini untuk mengambil pembantu baru kerana yang lama sudah berhenti, saya meminta bantuan adik-beradik, kerana perbelanjaannya besar. Lagi pun tugasnya semata-mata menjaga emak dan mengikut emak ke mana sahaja jika emak hendak bertukar angin tinggal di rumah abang. Jadi tidaklah penat isterinya nanti. Emak tak kuat berdiri, berjalan pun kena pimpin, apa lagi hendak menguruskan diri sendiri, dengan adanya pembantu ringanlah sedikit tugas menguruskan emak. Tapi abang tak setuju. Saya boleh terima kalau isterinya buat perangai bencikan emak mertua. Tetapi saya amat sedih bila abang sendiri bencikan emak, malah dia jijik dan malu melihat keadaan emak. 'Bila saya tanyakan abang kenapa benci sangat dengan emak. Katanya mengapa dia yang kena jaga emak, sedangkan Angah langsung tak pernah jaga emak. Taulah saya rupanya dia dengki abang Ngah yang tinggal di KL. Sebenarnya bukan abang Ngah tak mahu ambil emak, tapi emak tak mahu tinggal di bandar jauh dari kampung. Lagi pun perjalanannya amat jauh. Memang isteri abang Ngah pun buat perangai bencikan emak. Tetapi abang Ngah ambil berat pasal emak. Selain mengajak tinggal di rumahnya, abang Ngah hulurkan perbelanjaan untuk emak seperti membeli lampin pakai buang dan makan minum emak.
''Abang sulung cadangkan kami bergilir-gilir jaga emak tiga bulan seorang. Tetapi mengapa baru sekarang, mengapa tak buat cadangan semasa saya jaga emak sendirian lima tahun dulu. Saya tanya abang adakah tanggungjawab menjaga emak hendak digilirkan, sedangkan ia menjadi tanggungjawab seorang anak lelaki Islam yang seumur hidupnya, haknya dipegang oleh ibunya sendiri. Isteri pula perlu taat kepada suami dan juga wajib taat kepada ibu mertuanya. Bukan saya mahu mengungkit apa yang telah saya buat selama menjaga emak tetapi, saya bertuah mempunyai suami yang faham masalah saya dan mengizinkan saya menjaga emak. Jika takdir suami saya tak izinkan, apa akan jadi pada emak? Pasti anak lelaki akan ditanya Allah di dunia mahupun di akhirat kelak. Ingatlah wahai abang suatu hari nanti kita juga akan tua dan tidak berupaya, dan cuba fikirkan adakah anak-anak kita akan melayan kita seperti mana yang kita kehendaki atau mereka melayan kita seperti apa yang kita lakukan kepada ibu bapa kita sekarang? 

Insaflah, setiap apa yang kita lakukan hari ini akan ada balasannya, kita tidak perlu tunggu akhirat sebaliknya kita akan terima pembalasan atas perbuatan kita semasa di dunia lagi. Fikirkanlah dan ingatlah. Ketika itu menangis air mata darah pun sudah tidak berguna lagi. Kerana segala-galanya sudah terlambat. Apa salahnya, jika kita adik-beradik duduk bersemuka dan berbincang dengan cara baik untuk mencari penyelesaian terbaik untuk semua pihak? Bukan saya tak mahu jaga emak lagi, tetapi saya tak mahu abang menerima pembalasan atas perbuatan abang kepada emak sekarang. Namun saya tetap jaga emak sebab saya sayangkan emak, kerana emaklah satu-satunya emak saya dunia dan akhirat."
selalunya begitulah. suami lebih sayangkan isteri dpd ibu. hendaknya pulak isteri itu anak org kaya, cantik, manja, bergetah, mak....tatanglah mcm minyak yg penuh. cian mak....

anak2 selalu lupa tanggungjawab pada ibubapa. tp dia lupa...Allah Maha Kaya. perbuatannya hari ini diliht oleh anak2nya. satu hari nanti, itulah juga yg anak2 akan buat kepada ibu dan ayahnya. apa cogankata terkenal tu? kepimpinan melalui teladan...haaa yang tu!

anak yg membela...ikhlaskanlah hati. sbb tuhan baca hati awak. kl merungut sikitpun Dia tahu. so, selagi mampu jaga emak, jagalah! jgn merungut! kesian ibu anda.

tp kl dah x larat sgt, kan. hantar aje ke rumah pengasuh yg dah tumbuh macam cendawan tu. duit kan ada? bayar aje. rumah anda paasti bersih. wangi. dan x hancing. tp bersedialah untuk awak masuk ke situ mungkin 20 tahun lagi?

wallahualam. 

3 ulasan:

  1. benarlah pepatah "Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi seorang anak x boleh menjaga seorang ibu"...sedihnya...

    bagi seorang anak kena beringat...walau tinggi manapun kita berada, jangan sekali lupa akan ibubapa sendiri...isteri/suami boleh dicari ganti...tetapi seorang ibu bolehkah dicari ganti...

    jangan meratapi sekiranya ibu telah tiada kerana tiada maknanya...

    kehidupan seorang anak itu akan diredhai Allah apabila mendapat keredhaan dari seorang ibu...

    BalasPadam
  2. sya setuju dengan apa yang sofi bentangkan disini. seorang ibu sanggup buat apa saja untuk membesarkan anak-anaknya tetapi adakah anak-anaknya boleh menjaga dan membahagiakan seorang ibu. sya sentuh tentang cerita drama yang penah sya tengok. seorang ibu sampai sanggup melacurkan diri hanya semata-mata untuk membesar dan memberi pendidikan pada anak-anaknya supaya masa depan anak-anaknya akan menjadi baik dan senang. tetapi bila dah pegang duit, mata dah bulau kena pula dapat pasangan lentuk2 luar dan dalam. duit dari mana ibu dapat dipertikaikan tetapi hasilnya siapa yg merasa. bukan ibu tetapi diri sendiri. hari ni baca pula cerita tentang seorang kecundang ditangan anak sendiri. duit hasil titik peluh dimakan bersama bini tanpa ibu sedari. sebak sya rasa dan boleh agak perasaan ibu itu. duit yang dicari selama ini DICURI dagingnya sendiri. pasti hancur berderai perasaan ibu itu. harap2 sya tak begitu dan harap kita dapat bersama-sama membahagiakan orang tua kita yang selama ini memdidik dan memberi makan dan menjaga kita hingga kita dah berumahtangga. Pandangan mereka tidak pernah lepas, sentiasa mengawasi kebahagiaan kita. senang ke anaknya, susah ke anaknya. pasti semua itu dalam fikiran mereka sentiasa. moga ALLAH memberi kita kekuatan dan kesihatan yang baik untuk kita berbakti pada orang tua kita. amin...
    maaf terlebih emosi plak sya ni...hehehe..hanya ini komen sya...

    BalasPadam
  3. salam...
    seed169, anak2 skrg kena sentiasa ingat, walau ibunya itu tidak berpelajaran sekalipun ibu ttp ibu. hormatilah!
    pelngi pagi, thanx, ulasan anda menyentuh hati sofi. ya, ibu dan bapa adalah utk disayngi n dihormati. isteri boleh bertukar ganti, mcm baju, x suka boleh campak tetapi ibu, hanya seorang. siapun dia, x kan ada gantinya.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.