Langkau ke kandungan utama

135. anda dah jatuh cinta? mcm mn anda tahu? (2)


Juz wanna share with u..

Gini la kali lebih kurang jawapannya (hasil copycat)...

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. 
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. :tounge: 

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. 
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. 

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. 
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum. :grin: 

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. 
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja. 

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. :lovely: 
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar. :thumbup1: 

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta. 
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka. 

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. :cry: 
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira. :lolrf: 

Perasaan cinta bermula dari kata. 
Perasaan suka bermula dari telinga. 
________________________________________

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata, cinta berbuah menjadi air mata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka. 

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.
 :lovely:

dan last sekali....

Sayang, cinta, kasih, suka atau obses kepada seseorang adalah elemen yang tertera dalam dunia perkasihan. Anugerah cinta adalah nilai yang tidak terhitung kerana di dalamnya terkandung pelbagai perkara yang memungkinkan anda bertemu dengan pelbagai rencah dan ranjau berbisa sebelum akhirnya menemukan cinta sejati.

Mungkin perasaan sedemikian pernah atau sudah anda lalui tetapi bagi yang baru pertama kali berdepan dengan perasaan dianggap aneh itu, ia mungkin satu pengalaman sukar ditafsirkan. 

Hayati makna yang terkandung dalam kata-kata menyukai, menyayangi, mencintai atau apa saja yang berkaitan dengannya sebagai panduan.

Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.
Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.

‘Suka’ adalah saat dia menangis, kau akan berkata: “Sudahlah, jangan menangis.”
‘Sayang’ adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
‘Cinta’ adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”

‘Suka’ adalah saat kau melihatnya kau akan berkata: “Ia sangat tampan dan menawan.”
‘Sayang’ adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
‘Cinta’ adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata: “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”

Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.
Di saat orang yang kau sayang menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.
Di saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata: “Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”

Di saat kau suka padanya, kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.
Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.
Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.

‘Suka’ adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.
‘Sayang’ adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan..
‘Suka’ adalah hal yang menuntut. ‘Sayang’ adalah hal memberi dan menerima.
Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.


Ulasan

  1. jatuh cinta itu adalah anugerah Allah.. ia datang tanpa dijemput ......dgn cubaan yg datang iaitu setiap perasaan yg dirasai ..suka,duka, rindu, harapan baru kita tahu betapa lemahnya kita sebagai manusia dan bersyukurlah jika kita memiliki org yg kita cintai dan hargai ia kerana ia tetap milik Allah tetapi yg kecundang dlm bercinta, kita perlu tetap bersyukur kerana tiap kejadian tentu ada hikmahnya dan tentu ada yg lebih baik khas utk kita .... yg terpenting kita terpilih utk merasai cinta dan kita akan jadi org yg memahami

    BalasPadam
  2. @niah
    sangat terharu dengan tulisan anda. ya, kita mesti bersyukur. dan sentiasa menghargai.

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…