Langkau ke kandungan utama

anak perempuan bernasib malang di arab saudi

tau tak yg di arab saudi sekarang ada ramai anak dara tua? mengapa? tak hendak kahwin? bukan! diorang nak kahwin tapi bapak dan adik beradik lelaki tak kasi. mereka ni ada banyak alasan utk tidak membenarkan, tau! yg sedih tu, kebanyakan yg tak kahwin ni adalah dr golongan profesional.
- masalah berlainan kabilah:
Dalam satu kes berkaitan pada Julai lalu, sebuah mahkamah di Madinah menolak petisyen seorang doktor wanita yang berusia 42 tahun untuk mengetepikan bantahan bapa dan adik-beradik lelakinya yang enggan membenarkan dia berkahwin. Mereka membantah kerana wanita tersebut mahu berkahwin dengan rakan sekerjanya yang merupakan seorang doktor bedah semata-mata kerana dia berasal dari kabilah lain.
Mahkamah(berat sebelah) memutuskan bahawa si ayah berhak berbuat demikian, manakala pengadu dianggap seorang anak yang tidak taat kerana memilih lelaki di luar kabilah mereka sebagai suami.
di Arab Saudi, gabungan undang-undang syariah dan adat resam kabilah memberikan lelaki kuasa mutlak ke atas anak-anak perempuan mereka sehinggalah mereka berkahwin. Kesannya cukup jelas kerana para pegawai kerajaan dan hakim tidak akan membiarkan seorang wanita berkahwin tanpa izin daripada lelaki yang menjadi walinya yang sah, sama ada bapa, saudara lelaki atau bapa saudara jika bapanya telah meninggal dunia.
Ironinya, ada bapa yang berkahwin di luar kabilah tetapi pada masa yang sama enggan membenarkan anak perempuan mereka berbuat demikian
Kadangkala, seseorang anak perempuan tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki yang disukainya disebabkan dia telah dijodohkan dengan orang lain sejak kanak-kanak. Antaranya perkahwinan sesama sepupu. Maha, seorang wanita yang dihubungi melalui e-mel menghadapi masalah yang serupa.
Ketika berusia 26 tahun, Maha menolak perkahwinan sesama kabilah yang diatur oleh sanak saudara dan seorang broker perkahwinan kerana dia menganggap calon suaminya tidak layak sama sekali. Sejak itu, ahli keluarganya berusaha mencari beberapa orang calon suami daripada kabilah lain, tetapi semuanya ditolak oleh bapa dan adik-beradik lelakinya. Kini, apabila usianya mencecah 38 tahun mereka mendesak dia berkahwin dengan seorang lelaki pertengahan usia yang merupakan seorang penagih dadah.
Aziza pula merupakan seorang profesor universiti tempatan. ayahnya menolak mentah-mentah sesiapa sahaja yang mahu melamarnya. 
"Bapa saya enggan membenarkan saya berkahwin dengan alasan tiada siapa yang layak untuk saya. Sebagai anak, saya terpaksa menghormati keputusannya," tutur Aziza.
Bagaimanapun, selepas dia berusia 30 tahun, ayahnya masih enggan membenarkannya berkahwin tetapi kali ini dengan alasan yang berbeza dengan mendakwa anak perempuannya bersikap jual mahal. Lantaran itu, dia meletakkan syarat-syarat yang tidak munasabah.
"Situasi itu menyebabkan saya malu dengan teman lelaki. Namun, saya cuba bersemuka dengannya untuk membincangkan masalah ini tetapi ia menyebabkan bapa saya marah," jelas wanita itu.
Bapanya kemudian bertindak mengugut dan mengurungnya di bilik untuk menjauhkan dirinya daripada saudara-mara. Menurut Aziza keadaan itu membuatkan dia pernah cuba untuk membunuh diri.
"Sekarang, saya sudah berumur 39 tahun dan masih belum berkahwin," kata Aziza dalam nada kecewa. - AP
macam2, kan? arab saudi,  tempat islam mula datang tetapi nampaknya mereka di sanapun dah mula lebih mementingkan kabilah, harta, pangkat dpd ugama. 
sedih lagi pagi ini!

sumber: kosmo

Ulasan

  1. inilah yang terjadi bila manusia memperkasakan adat dan mengenepikan agama

    BalasPadam
  2. ingatlah...semua manusia sama ja di sisi Allah swt...yang membezakan adalah imannya...bukan dari kabilah mana dia berasal..

    adat hanya ciptaan manusia...apa pun berpandukanlah pada ajaran yang telah ditetapkan dalam Islam...itu lebih baik

    kesian dekat wanita2 arab...

    BalasPadam
  3. zati, iya betul tu...dunia tanpa sempadan, kan? mina mahanie, betul sokong sesangat! seed169, mmg kesian

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…