apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

31.10.10

al- fatihah...

sedih... sangat sedih. 
kita yang asing inipun merasa sebak membaca cerita tentang mereka, inikan pula ibu, ayah dan kaum keluarga  
sudah takdir... memanglah, siapa kita untuk menolak takdir, kan...
cuma...
cara kematian itu yang menyedihkan kita yang baru sahaja dikejutkan dengan kes kemalangan bas ekspres delima di selatan tanah air. 
SEDIH... Norsamsinar Elias (kanan), isteri Mohd Zaidi memeluk ibunya sewaktu tiba di tanah perkuburan. (Gambar kecil) Mohd Zaidi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, tujuh maut manakala 38 cedera, 20 daripadanya parah, selepas sebuah bas rombongan dari Kampung Baru, Mukim Siong, di sini, terbabas sebelum terbalik berhampiran terowong Genting Sempah, Kilometer 36, Lebuhraya Karak, malam kelmarin. Bas yang membawa 44 orang termasuk dua pemandu dalam perjalanan turun dari Genting Highlands untuk ke Kuala Lumpur.

Kini, segala menjadi kenangan. 



BALING: Suasana pekarangan Masjid Al-Falah Kampung Setol, di sini, hiba sebaik tujuh jenazah yang terkorban dalam kemalangan selepas bas persiaran yang dinaiki hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di laluan bertentangan di Kilometer 36, Lebuhraya Karak, malam kelmarin memasuki pekarangan masjid berkenaan, kira-kira jam 2 petang, semalam.


Lebih 5,000 termasuk saudara mara, sahabat handai serta penduduk kampung yang mula berkumpul sejak jam 11 pagi tidak dapat menahan sebak apabila ketujuh-tujuh jenazah berkenaan sampai di situ. 

Jenazah kemudian disembahyangkan di masjid berkenaan kira-kira jam 2.30 petang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Baru, Mukim Siong, di sini, kira-kira jam 3 petang.




Mereka yang maut adalah Mohammad Yusof Akhit, 16; Mohamad Khairy Mohamad Marzuki, 14; Mohamad Firdaus Rosedi, 16; Mohd Ridzuan Husain, 17; Mohd Fahimi Abdul Mustafa, 17; Mohamad Amirul Mohd Isa, 13, dan Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28. 

Semua mangsa meninggal dunia akibat tersepit dan tercampak daripada bas.

hanya titisan air mata mengiringi pemergianmu,
damailah kau di sana..
amin...

2 ulasan:

  1. al-fatihah...buat mangsa
    takziah buat keluarga mangsa

    BalasPadam
  2. betul tu...
    sedih sungguh!

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.