apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.10.10

111. ajal...

hari ini hari ke 3 peperiksaan PMR dijalankan. selepas 10 tahun, tahun ini aku kembali menjaga periksa. sesekali melepaskan diri daripada sekolah sendiri, syiok jugak. melihat telatah murid2 dan guru2 di sekolah lain, seronok.......
sekolah aku sekolah 2 sesi. sekolah yg aku pergi mengawas ni, sekolah 1 sesi. melihat rakan-rakan guru di sekolah ini yg balik paling awalpun jam 2.30 petang, uwaaa, aku bersyukur ditempatkan di sekolah yg aku mengajar sekarang. jam 2, insyaallah, aku sudah berada di dalam rumah. 
actually, nak sentuh sikit fasal pmr dan budak2. dekat nak periksa, mereka perlu siapkan brg2 keperluan seperti pensel, pen, pemadam dll. dalam keadaan mencari barang itulah, ada yg tak bernasib baik dan terlibat dlm kemalangan. dipanjangkan umur, dptlah menjawab soalan2 walau terpaksa menjawab dan mengambil periksa atas katil hospital. kl tidak, maka menjadi arwahlah. seperti kisah di bawah, aku petik dpd harian metro, ingin berkongsi bersama anda.

LEDANG: Seorang pelajar berusia 15 tahun tidak sempat menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bermula semalam apabila terbunuh dalam kemalangan sejurus selepas membeli alat tulis sebagai persiapan terakhir menghadapi peperiksaan itu.
Dalam kemalangan kira-kira jam 9.50 malam kelmarin, Samsul Hadi Salam, 15, dari Sengkang, dekat sini, dan bersekolah di Sekolah Menengah Bukit Gambir, membonceng motosikal ditunggang bapa saudaranya.


Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, kemalangan berlaku di Batu 19, Sengkang, dekat sini, ketika mangsa bersama bapa saudaranya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli alat tulis di pekan Bukit Gambir.
Menurutnya, motosikal dinaiki Samsul Hadi dan bapa saudaranya bertembung sebuah motosikal lain dari arah bertentangan. Kemalangan itu turut meragut nyawa penunggang motosikal terbabit. 
“Penunggang terbabit, S Shamuganathan, 37, mati di tempat kejadian manakala Samsul Hadi meninggal dunia setibanya di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF). Semua mangsa dibawa terlebih dulu ke Hospital Tangkak sebelum dirujuk ke HPSF ,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian Shamuganathan dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya di Sengkang.

Harun berkata, bapa saudara Shamsul Hadi, Rashid Lias, 38, cedera parah di kaki dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPSF.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.

..............................
Di sekolah aku pergi mengawas inipun, ada gak calon hospital. kesian mereka, kan? boleh tak aku hendak mengesyorkan sesuatu? 
mak, pak.....
toksahlah belikan anak2 berdarah muda ni motosikal, boleh tak? kalau sayang anak, hantar mereka ke sekolah. beli motor ni dibimbangi kita menyesal tak sudah di kemudian hari. sedih! sob3x.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.