apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

31.10.10

ada ke yg macam dia ni? di malaysia?

kenal oprah tak? x kenal? waaa..... mcm mana boleh x kenal ni? uisy, pi cari kat wikipedia sekarang juga, hehe....

jgn marah, ya. gimik je. kalau x kenal x pe, sini sofi kenalkan dia kepada anda, bukan nak bagitau kisah hidupnya tetapi nak menulis ttg THE OPRAH WINFREY SHOW.

Tahun ini, 2010, genap 25 tahun rancangan di atas ke udara. dan di usia rancangan menyambut jubli perak, rancangan bual bicara ini akan melalui musim terakhirnya di stesen tv.  
di websitenya, www.oprah.com, oprah mempunyai jam untuk membuat countdown sehingga detik dan saat untuk dia memulakan musim ke 25, musim terbarunya. bererti, minggu ini Oprah akan memulakan sesuatu untuk berakhir buat selama-lama. tidak akan ada The Oprah Winfrey shpw lagi selepas ini.
Semua orang tahu betapa hebatnya oprah di Amerika. Rancangan kendaliannya ini mempunyai pengaruh yang cukup besar kepada semua orang, lelaki mahupun perempuan. apa sahaja isu yang diutarakan, yang dibicarakan; mungkin tentang diet; mungkin tentang hiasan dalaman;  buku sehinggalah kepada pemilihan presiden. sumbangannya di dalam setiap aspek yang disebutkan bukan sedikit. malah ada di antara penulis-penulis buku yang oprah promosikan, kini bergelar jutawan. aku senaraikan 10 daripada banyak2 rancangan Oprah yang begitu memberi impak kepada Amerika. .... 
1. Tom Cruise and the oprah jump. ni masa tahun 2005. oprah bertanyakan ttg hubungan antara tom dan katie holmes. gelagat tom yang sangat teruja sehingga melompat-lompat di atas sofa membuat oprah terkedu.....
2. the political rally - oprah turut berkempen untuk barack obama. iyalah kan, kalau dia boleh menyuruh rakyat amerika membeli buku berharga USD15, dia hanya perlu menggunakan air liur untuk meminta rakyat amerika mengundi. 
3. James Frey and his million little made-up pieces - yang ni oprah mengamuk sbb dia beria-ia kempen buku tulisan Frey yg kononnya memerangi alkohol dan dadah, tapi rupa2nya, he is a fraud. penipu. mulai hari itu, frey klasifikasikan buku2nya sebagai fiksyen.
nak tahu lagi? sowi.. malas nak sambung. anda boleh membaca di sini, ya. Read more: http://www.thirdage.com/celebrities/oprahs-top-10-moments?page=0,2#ixzz13v9kOImX 
thanx thirdage.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.