Langkau ke kandungan utama

99. Dah aku terjatuh cinta kepadanya, nak buat macam mana?

di zaman ini, semua orang pun tahu bahawa bilangan perempuan melebihi bilangan lelaki. di mana-mana di muka bumi ini, anda akan mendapati bahawa seorang lelaki bisa memiliki lebih daripada seorang perempuan, kalau dia mahu. jadi tidaklah menghairankan kalau ramai perempuan yang bermadu. ada yang dua. ada yang tiga. malah madu empat pun dah banyak sekarang. 

owhhh, tapi bukan soal madu yang ingin ku cuit di sini. perkara yang ingin ku sentuh ini lebih trendy sekarang. nak tahu apa dia? 
menarik!!

kisah cinta di antara wanita berusia dengan lelaki muda. wow! hehe...

baru2 ini terdengar cerita seorang teman. kisah bekas isteri seorang lelaki yang agak terkenal ini. wanita itu, kalau tidak silap sudah 40an umurnya. bekas suami berkahwin dengan penyanyi, muda, cantik, ayu, bla, bla, bla. tup-tup, keluar alkisahnya, si janda ini berkahwin demi cinta, kerana cinta, dengan seorang lelaki berusia 24 tahun. Waduh, untung ya? hmm.... dah jodoh kan. rezekilah tu!

petikan dpd wanitakini.org:

Satu isu yang dirasakan agak hangat diperkatakan.


Inilah dilema yang sedang aku lalui.
Berkahwin selama 9 tahun. Bermacam suka duka yang telah dilalui.
Sememangnya lebih duka dari suka.
Lebih yang pahit dari yang manis untuk diingati.
Bila peluang demi peluang yang diberikan tidak dihargai dan digunakan sebaiknya , 
maka tindakan yang tidak pernah aku fikirkan bila nak berkahwin dulu aku ambil jua dan tempuhi jua.
Perceraian. Yang amat ku takuti lagi digeruni.
Ku tempuh jua segala kepayahan turun naik mahkamah.
Sengketa demi sengketa dengan bekas suami dalam proses perceraian.
Sengketa demi sengketa dengan bekas suami dalam berebut hak penjagaan anak.
Bagaimana untuk aku membahagiakan anak-anak kalau diri sendiri tidak bahagia?
Bagaimana untuk aku menentukan arah tujuanku kalau perkahwinan ku sendiri tidak tentu hala?
Setelah apa yang ku lalui, cahaya datang dalam hidup ku.
Seorang lelaki budiman muncul dalam hidup ku.
Yang baik budi pekerti ,
Yang bijak lagi pandai berdikari ,
Yang kasih sayangnya pada ku melimpah ruah ,
Yang senyumannya bisa meredakan resah ku ,
Yang dapat memahami ku ,
Yang bisa menenangkan ku kala aku dalam kerunsingan ,
Yang menjadi tempat ku berkongsi masalah ,
Yang menjadi lelaki yang ingin aku habiskan hidup ku ini .
Bukanlah aku berkata begini kerana aku di lamun cinta.
Bukanlah aku berkata begini kerana aku sedang bahagia,
Tetapi itulah dia , lelaki yang berjaya mencuri hati ku ke sekian kalinya.
Orang tua berpesan .... 
kahwinilah dengan orang yang menyayangi kita 
bukan dengan orang yang hanya kita sayang.
Dilema yang ku hadapi , 
Cakap-cakap yang ku harus terima ,
Pandangan yang agak pelik harus harus aku tempuhi ,
Dia jauh lebih muda dari ku.
Persoalannya .... 
Aibkah aku wanita berusia bercinta dan berkahwin dengan lelaki muda ?
.............................

dilema? kenapa harus memikirkan apa org kata kalau apa yg dilakukan tidak bertentangan dgn syarak? kalau apa yg dibuat tidak mengacau hidup orang lain? susah senang kita, kita sendiri yg tanggung. izinkanlah diri mengecapi bahagia biarpun umpat keji masyarakat terpaksa didengari. anggap sahaja MEREKA TIDAK MENGERTI.

Ulasan

  1. Salam....

    Walau usia lebihmuda, asal berilmu dan akhlaknya lebih matang, melaksanakan yg disuruh , menjauhi yg dilarang itu yg lebih baik. Usia is just a figure. takda maknanyer..... heee.....permisi

    BalasPadam
  2. salam,
    betul tu mamawana. usia hanya figure...
    eh eh, rasa muda pula! hehe

    BalasPadam
  3. betul tu usia hanya angka sahaja...
    walaupun umur banyak tapi x matang x guna jua...
    walapun umur sikit tapi matang x kisah yang penting boleh membimbing...

    BalasPadam
  4. salam,
    usia hanya angka
    tp cinta tidak buta yg butakan mata hati ialah manusia itu sendiri

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…